}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Saturday 30 July 2016

Tip menghilangkan parut dengan pantas disertakan dengan gambar

[GAMBAR] 19 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

menghilangkan parut jerawat
Jerawat boleh menjadi satu keadaan kulit yang menyakitkan dan memalukan dan parut yang ditinggalkan ialah satu peringatan yang tidak dialu-alukan. Walaupun kebanyakan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, ada perkara-perkara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu mempercepatkan proses dan mengelakkan hiperpigmentasi yang selanjutnya.
Secara realistiknya, anda tidak akan dapat menghilangkan parut jerawat dalam satu malam tetapi remedi-remedi, produk, rawatan dan petua-petua penjagaan kulit yang digariskan di bawah pastinya akan menghasilkan perbezaan ketara selepas beberapa waktu. Anda hanya perlu mencari kaedah yang betul dan sesuai untuk jenis kulit anda.

Kaedah 1 dari 3: Menggunakan Remedi Semula Jadi

Bagaimana Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat 1

1. Gunakan jus lemon segar

Jus lemon mempunyai ciri-ciri pelunturan kulit semula jadi dan boleh membantu memudarkan parut jerawat anda dengan berkesan. Hanya campurkan jus lemon dan air dalam sukatan yang sama banyak dan sapukan cecair ini terus ke atas parut anda namun elakkan bahagian kulit di sekitarnya. Basuh kesan jus lemon selepas 15 hingga 20 minit atau anda boleh meninggalkan jus tersebut di atas kulit semalaman sebagai masker.
Kaedah ini tidak disyorkan bagi tujuan memudarkan parut jerawat kerana jus lemon mempunyai nilai pH 2 dan pH kulit ialah di antara 4.0 hingga 7.0. Jika ditinggalkan terlalu lama atau tidak dicairkan, ia boleh membawa kepada kesan melecur daripada bahan kimia yang teruk. Jus sitrus mengandungi bahan kimia yang dipanggil bergapten yang melekat pada DNA dan membenarkan radiasi UV untuk lebih mudah merosakkan kulit.
  • Lembapkan kulit muka dengan segera selepas membasuh bahagian yang disapu jus itu kerana asid sitrik dalam lemon boleh mengeringkan kulit.
  • Jus limau nipis yang mengandungi asid sitrik boleh juga digunakan menggantikan lemon tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.

2. Kelupas menggunakan soda penaik.

hilangkan bekas jerawat - Kelupas menggunakan soda penaik.
  • Anda juga boleh menggunakan pes soda penaik sebagai rawatan setempat, dengan menyapu terus ke kawasan kulit yang berparut dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit sebelum membilasnya bersih.
Soda penaik boleh digunakan untuk mengelupas kulit dan memudarkan parut jerawat. Apa yang anda perlu lakukan ialah campurkan satu sudu teh soda penaik dengan dua sudu teh air untuk menghasilkan pes yang cair. Sapukan pes ini ke seluruh muka anda dan buat gerakan membulat secara lembut untuk menggosok soda penaik pada kulit, fokuskan pada kawasan berparut, selama lebih kurang dua minit. Bilas dengan air suam dan lapkan kulit sehingga kering.
Ini bukanlah kaedah yang disyorkan untuk rawatan dan untuk menghilangkan parut jerawat atau jerawat yang sedang tumbuh. pH soda penaik ialah 7.0 yang mana ia terlalu asas untuk pH kulit. pH kulit yang optimum ialah di antara 4.7 dan 5.5 yang merupakan persekitaran tidak sesuai untuk p. acne (bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan kebanyakan jerawat). Dengan meninggikan pH ke paras yang lebih asas, p. acne akan dapat hidup lebih lama dan menyebabkan lebih banyak jangkitan dan radangan.

3. Gunakan madu.

gunakan madu menghilangkan jerawat
Madu ialah penyelesaian semula jadi yang amat bagus untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan kesan merah yang ditinggalkan. Ini ialah kerana madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan membantu melegakan kulit dan mengurangkan keradangan. Madu manuka atau mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh disapukan terus ke bahagian kulit berparut, menggunakan putik kapas.
  • Madu ialah pilihan yang bagus bagi mereka yang berkulit sensitif kerana madu tidak merengsakan kulit dan akan melembapkan kulit anda dan tidak mengeringkannya, tidak seperti jenis rawatan yang lain.
  • Jika anda boleh mendapatkan sedikit serbuk mutiara (boleh didapati daripada kedai-kedai kesihatan atau dalam talian), campurkan secubit ke dalam madu untuk rawatan yang lebih berkesan. Serbuk mutiara dikatakan boleh mengurangkan keradangan kulit dan memudarkan parut jerawat.

4. Cubalah aloe vera.

aloe vera menghilangkan bekas jerawat
Sap pokok aloe vera ialah bahan semula jadi yang melegakan yang boleh digunakan untuk melegakan banyak jenis kesakitan, seperti luka melecur, luka berdarah mahupun parut jerawat. Aloe vera membantu mempermuda dan melembapkan kulit, menggalakkan parut jerawat untuk pudar. Anda boleh membeli produk aloe vera di kedai ubat tetapi yang paling baik dilakukan ialah membeli pokok aloe vera dan gunakan sap daripada daunnya yang patah. Sap seperti gel ini boleh disapu terus ke atas parut dan tidak perlu membersihkannya.
  • Untuk rawatan parut yang lebih intensif, anda boleh campurkan setitis dua minyak pokok teh (yang menggalakkan kulit licin) ke dalam gel aloe vera sebelum menyapunya ke muka.

5. Gunakan kiub ais.

gunakan tiub ais untuk menghilangkan jerawat
Ais ialah remedi di rumah paling mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat dengan melegakan radangan kulit dan mengurangkan kemerahan. Untuk menggunakannya, hanya balut seketul kiub ais dengan kain atau sehelai tuala kertas yang bersih dan letakkan pada kulit yang berparut selama satu atau dua minit, sehingga kawasan itu mula merasa kebas.
  • Selain daripada membekukan air biasa, anda boleh membekukan sedikit teh hijau yang pekat di dalam dulang kiub ais dan gunakan hasilnya pada parut jerawat. Teh hijau mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang melengkapkan kesan penyejukan ais.

6. Buat pes gaharu.

Buat pes gaharu menghilangkan bekas jerawat
Kayu gaharu terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kulit dan adalah mudah untuk menyediakan pes gaharu di rumah. Hanya campurkan satu sudu besar serbuk kayu gaharu dengan beberapa titik air ros atau susu untuk membentuk pes. Sapukan pes ini pada bahagian berparut dan biarkan selama lebih kurang 30 minit sebelum membilasnya. Ulangi proses ini setiap hari sehingga parut anda hilang.
  • Sebagai alternatif, anda boleh campurkan serbuk gaharu dengan sedikit madu dan gunakannya sebagai rawatan setempat pada setiap parut.

7. Cubalah cuka sider epal.

Cubalah cuka sider epal untuk menghilangkan bekas jerawat
Cuka sider epal membantu menangani pH kulit anda, membaik pulih penampilan kulit selepas beberapa waktu dan membantu mengurangkan kesan merah dan parut. Cairkan cuka kepada setengah kepekatannya dengan air dan sapukan pada kawasan kulit yang berparut setiap hari menggunakan bebola kapas sehingga parut mula pudar.

Kaedah 2 dari 3: Menggunakan Krim dan Rawatan Perubatan

Mulakan dengan krim kortison untuk menghilangkan bekas jerawat

8. Mulakan dengan krim kortison.

Krim kortison membantu mengurangkan keradangan kulit dan menggalakkan penyembuhan.  Berbincanglah dengan doktor anda untuk menentukan jenis krim kortison yang sesuai untuk anda.
  • Krim kortison boleh didapati secara preskripsi daripada doktor atau dari kedai. Hanya sapukan krim pada kulit yang berparut dan pastikan anda membaca arahan penggunaan pada label.

9. Cubalah krim pencerah kulit dari kedai.

Cubalah krim pencerah kulit dari kedai. UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT
Krim pencerah yang mengandungi bahan-bahan seperti asid kojik, arbutin, ekstrak akar manis, ekstrak mulberi dan vitamin C boleh membantu mencerahkan dan memudarkan hiperpigmentasi kulit yang disebabkan oleh parut jerawat, dengan selamat tanpa menyebabkan kerosakan atau kerengsaan.
  • Elakkan produk yang mengandungi hidrokuinon kerana bahan kimia pencerah kulit yang popular ini boleh merengsakan kulit anda dan telah dilabelkan berpotensi sebagai karsinogen

10. Gunakan rawatan glikolik atau asid salisilik

Gunakan rawatan glikolik atau asid salisilik untuk menghilangkan bekas jerawat
Glikolik dan asid salisilik terdapat dalam banyak produk penjagaan kulit seperti krim, skrub dan salap kerana ia ialah pengelupas yang berkesan yang membantu kulit menanggalkan lapisan kulit mati, membawa kulit yang melalui hiperpigmentasi ke permukaan sebelum membantunya hilang sepenuhnya.
  • Anda juga boleh membuat temu janji dengan pakar kulit untuk mendapatkan pengelupasan kulit dengan bahan kimia glikolik, yang juga berfungsi dengan cara yang sama tetapi akan menembusi lapisan kulit yang lebih dalam.

11. Gunakan produk kulit retinoid.

Gunakan produk kulit retinoid. untuk menghilangkan jerawat
Retinoid ialah derivatif vitamin A yang digunakan di dalam pelbagai produk penjagaan kulit bagi merawat garis-garis halus dan kedutan, perubahan warna kulit dan jerawat. Retinoid menggalakkan penghasilan kolagen dan mempercepatkan kadar penggantian sel, menjadikannya pilihan terbaik untuk menangani parut jerawat. Krim-krim ini mungkin agak mahal tetapi ia amat disyorkan oleh pakar kulit kerana ia memberikan keputusan yang cepat dan berkesan.
  • Anda boleh membeli sesetengah krim retinoid di kedai seperti krim yang dikeluarkan oleh jenama penjagaan kulit utama. Walau bagaimanapun, krim dengan dos yang kuat boleh didapati secara preskripsi daripada pakar kulit anda.
  • Bahan-bahan dalam krim retinoid adalah sensitif kepada sinar UVA dalam cahaya matahari, oleh itu krim ini hanya boleh digunakan pada waktu malam untuk melindungi kulit anda.

12.Dapatkan rawatan laser

Dapatkan rawatan laser untuk menghilangkan bekas jerawat
Jika parut jerawat anda tidak pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, anda mungkin ingin pertimbangkan penggunaan terapi laser. Bergantung kepada rawatan mana yang anda pilih, laser digunakan sama ada untuk merangsang pengeluaran kolagen atau untuk menghilangkan parut supaya kulit baharu boleh terbentuk di tempatnya
  • Buat temu janji dengan pakar kulit anda untuk membincangkan pilihan-pilihan anda dan berbincanglah tentang potensi risiko dan kesan-kesan sampingan.

13.Pertimbangkan untuk mendapatkan pengisi.

Pertimbangkan untuk mendapatkan pengisi untuk menghilangkan jerawat
Parut jerawat boleh meninggalkan lekukan kekal dalam kulit anda yang mustahil untuk diubah kembali. Suntikan pengisi boleh memenuhkan lekukan-lekukan ini buat sementara untuk membantu sekatakan permukaan kulit tetapi perlu diulangi setiap empat hingga enam bulan.

14. Fikirkan tentang lelasan derma mikro dan pengelupasan secara kimia.

Rawatan-rawatan ini tidak akan memudarkan parut jerawat anda dalam masa satu malam kerana ia agak kasar dan kulit akan mengambil masa untuk sembuh. Namun, ianya berbaloi untuk dipertimbangkan jika anda dapati krim dan losen tidak berkesan atau anda lebih fikirkan untuk sekatakan warna kulit anda.
  • Pengelupasan secara kimia melibatkan penggunaan larutan berasid yang pekat ke atas kulit anda. Ia akan membakar lapisan kulit atas, meninggalkan lapisan kulit baharu di bawahnya.
  • Lelasan derma mikro pula menghasilkan keputusan yang sama tetapi ia berfungsi dengan mengelupas kulit menggunakan berus dawai berputar.

Kaedah 3 dari 3: Menjaga Kulit Anda

Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari. untuk menghilangkan jerawat

15. Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari.

Sinar ultra ungu daripada matahari merangsang sel kulit yang menghasilkan pigmen [9] yang boleh memburukkan rupa parut jerawat. Jika anda menghabiskan masa di bawah sinar matahari, lindungi kulit anda dengan menyapu krim pelindung matahari (SPF 30 atau lebih), memakai topi yang bertepi lebar dan berada di bawah teduhan selama mungkin.

16. Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut.

Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut. untuk menghilangkan jerawat
Seringkali berlaku di mana orang-orang yang terdesak untuk menghilangkan parut jerawat dan perubahan warna kulit, akan menggunakan pelbagai jenis produk melelas dan kaedah yang boleh merengsakan kulit dan membuat keadaan parut lebih buruk. Cuba ‘dengar’ kulit anda — jika ia bertindak balas dengan teruk kepada produk tertentu, anda patut berhenti menggunakan produk tersebut dengan segera. Kekalkan dengan penggunaan pembersih muka yang lembut, penanggal solekan, pelembap dan skrub yang melegakan kulit anda dan bukannya menimbulkan radang kulit.
  • Elakkan penggunaan air panas apabila membasuh muka. Air panas boleh mengeringkan kulit. Oleh itu turunkan suhu sedikit.
  • Anda juga harus elakkan penggunaan kain yang kasar, span dan petola kering pada muka kerana benda-benda ini adalah terlalu kasar dan boleh merengsakan kulit.

17. Lakukan pengelupasan secara tetap

Lakukan pengelupasan secara tetap untuk menghilangkan jerawat
Pengelupasan membantu menyalin kulit mati, mendedahkan kulit baharu segar yang lembut di bahagian bawah. Oleh kerana parut jerawat selalunya hanya melibatkan lapisan kulit bahagian atas, pengelupasan boleh mempercepatkan proses pemudaran. Anda boleh mengelupas menggunakan skrub muka yang tertentu, tetapi pastikan ia direka untuk kulit sensitif.
  • Secara alternatif, anda boleh mengelupas menggunakan tuala kecil yang lembut dan sedikit air suam dengan menggerakkan tuala di seluruh muka dalam gerakan membulat kecil.
  • Anda patut melakukan pengelupasan sekurang-kurangnya sekali seminggu dan paling banyak sekali sehari, namun sekiranya kulit anda sangat kering, anda mungkin mahu melakukannya 3 hingga 4 kali seminggu.

18. Elakkan mengutil pada tompokan dan parut.

Elakkan mengutil pada tompokan dan parut.
Walaupun anda teringin sangat untuk berbuat demikian, mengutil parut akan mengganggu proses bagi kulit anda untuk sembuh secara semula jadi dan boleh memburukkan lagi rupa parut. Mengutil jerawat yang sedia ada pula boleh menyebabkan kulit anda berparut kerana bakteria di tangan anda boleh dipindahkan ke muka menyebabkan radang dan jangkitan. Oleh itu, mengutil dan memicit hendaklah dielakkan sama sekali.

19. Minum banyak air dan amalkan pemakanan yang seimbang.

Minum banyak air dan amalkan pemakanan yang seimbang
Walaupun makan secara sihat dan kekal terhidrat tidak akan membuat parut jerawat anda hilang secara magis, ia boleh membuat tubuh anda berfungsi dengan baik dan membantu kulit sembuh dengan sendiri. Air akan mengeluarkan toksin daripada tubuh dan membuat kulit kelihatan gebu dan tegang. Maka anda harus berazam untuk minum 5 hingga 8 gelas air sehari. Vitamin seperti A, C dan E juga akan membantu kulit dan membuatnya kekal terhidrat.
  • Vitamin A boleh didapati dalam sayur-sayuran seperti brokoli, bayam dan lobak merah dan vitamin C dan E boleh didapati dalam buah oren, tomato, keledek dan avokado.
  • Cuba elakkan makanan berminyak, berlemak dan berkanji sebanyak mungkin kerana makanan-makanan ini tidak akan membantu kulit anda
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-