}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Saturday 17 September 2016

Bahaya Onani dan tips untuk berhenti perbuatan terkutuk itu



Melancap atau onani merupakan satu tindakan untuk memuaskan nafsu diri yang dilakukan oleh samada lelaki mahu pun perempuan secara bersendirian di luar syariat agama. Ianya adalah haram di sisi agama Islam.
Berikut adalah beberapa tips efektif untuk menghentikan ketagihan onani, iaitu:

1. Mulakan dengan berdoa, memohon dan bertaubat kepada Allah, untuk berhenti dari onani selamanya.

2. Harus memiliki tekad, kemahuan, dan motivasi yang kuat dari dalam diri sendiri.

3. Terapkan sistem “reward and punishment” yang tegas dan disiplin untuk diri sendiri. Misalnya: jika satu hari saya tidak beronani, maka saya akan “menghadiahi diri sendiri” dengan membeli makanan yang saya gemari atau berjalan-jalan ke pantai. Jika saya beronani satu kali saja, saya harus “menghukum diri sendiri” dengan membaca satu buku tentang ilmu pengetahuan.

4. Katakan tidak pada onani dan seks sebelum nikah

5. Elakkan daripada duduk bersendiriani, melamun, atau menonton filem yang “memberahikan”.

6. Bergaullah dengan orang-orang yang alim, cerdas, soleh, beriman, bertakwa. Hindarilah pergaulan dengan kumpulan yang membawa anda menuju “lembah maksiat” atau “dunia hitam”.

7. Perbanyaklah beribadah sesuai dengan agama dan keyakinan anda. Jika anda beragama Islam, maka seringlah berpuasa sunah, solat berjamaah, solat malam, berzikir, membaca Alquran, dsb.

8. Jika anda amat gemar beronani, berhati-hatilah atau waspadalah dengan kanser prostat! Sebab, hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Nottingham, England, menyatakan bahawa lelaki berusia antara 20-30 tahun yang “gemar beronani” memiliki risiko lebih tinggi untuk terkena kanser prostat. Juga, sebanyak 34% atau 146 dari 431 orang yang terkena kanser prostat sering melakukan onani mulai usia 20 tahun. Sekadar tambahan, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang di kelenjar prostat, disebabkan kerana sel prostat bermutasi dan mulai berkembang di luar kendali.

9. Sibukkanlah diri anda dengan hal-hal yang positif dan bermanfaat, misalnya: berolahraga, pecinta alam, membaca buku, menulis, bernyanyi, memasak, berkebun, dsb.

10. Ingatlah bahawa hukum onani adalah haram, dan onani itu merupakan “zina tangan”.

11. Hindari bergaul dengan rakan atau sahabat yang juga suka beronani. Sebab seseorang itu dapat dinilai; salah satunya dengan siapa (saja) ia bergaul.

12. Mandilah secepat mungkin. Hindari untuk berlama-lama di kamar mandi.

13. Hindari melihat tontonan, tayangan, gambar, video, yang menghairahkan atau porno, baik di internet, televisyen, VCD, DVD, dsb. Elakkan juga daripada membaca majalah atau buku-buku berbaur seks kerana ianya akan mendorong anda untuk melakukan onani.

14. Perbanyak aktiviti fizikal, terutama jika sedang stres atau diri anda sedang dalam keadaan tertekan.

15. Lakukan semua hal, aktiviti, atau kegiatan yang anda sukai, sepanjang tidak melanggar aturan agama dan norma.

16. Temukan, kembangkan, dan salurkan semua bakat, hobi, dan kreativiti anda semaksima mungkin.

17. Sedarilah bahawa onani hanya akan menghabiskan tenaga dan waktu anda yang sepatutnya dapat anda gunakan untuk melakukan perkara-perkara lain yang bermanfaat.

Sumber : Taiko Tai
Share:

Friday 2 September 2016

Jangan Buang! Ini Cara Bijak Menggunakan Gel Silica Yang Kita Tidak Terfikir Sebelum Ini



4 Cara Guna Gel Silika Dengan Betul ini pasti ramai yang tidak tahu kan? Tapi apa itu gel silika? Kalau nak tahu gel silika biasa di dapati dalam bungkusan barangan yang baru di beli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi.
Kebiasaannya bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera perkataan Do Not Eat ini di buang tanpa di ketahui fungsi sebenarnya. Sudah berapa banyak gel silika yang telah kita buang sebelum ini kan? bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang tersendiri.
Gel silika tidak mengandungi bahan toxic, tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Jadi gel silika boleh di manfaatkan untuk banyak fungsi lain antaranya:

1. Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air
Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air akan menjadi igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak. Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan gel silika bersamanya.

2. Menjaga alatan mekap
Bagi kaum hawa khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga kecantikan. Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus gel silika gel atau lebih dalam beg mekap anda. Tip ini pasti membantu.

3. Menghapuskan bau hapak pada kasut
Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.

4. Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan
Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.

Untuk Tips Cara Guna Gel Silica yang lanjut boleh tonton video di youtube
Share:

Thursday 25 August 2016

Cara termudah untuk cuci kipas sehingga tahan bersih selama 3bulan




Baru je cuci kipas kat bilik tu tapi sekejap je dah berhabuk balik. Dah lah anda ni jenis yang alah pada habuk.
Ni kami ada cara mudah bagi memastikan habuk tidak melekat pada kipas dalam tempoh 2,3 bulan tanpa perlu berbelanja lebih.

1. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.

2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.

3. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.

4. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.

Semoga bermanfaat kepada korang semua :) yang baik dikongsi

Sumber : sajakongsi
Share:

Thursday 11 August 2016

Petua hilangkan sakit gigi ianya terdapat di dapur anda sahaja




Ada banyak jenis kesakitan gigi yang dialami individu. Mungkin ia disebabkan jangkitan kuman, gigi rosak, rahang dan sebagainya, Rasa sakit yang dialami cukup terseksa hingga boleh menyebabkan emosi kita terganggu. Tahukah anda, sebenarnya ada je kaedah rawatan untuk mengurangkan serta menyembuhkan sakit gigi dengan cara tradisional. Kalau tak sempat jumpa doktor gigi, korang guna bahan-bahan ini dan ikut prosedur yang kami nyatakan dekat bawah ni okay!

1. Garam dan Lada
Korang kena campur garam dan lada dan hasilnya gigi korang akan sembuh dengan cepat. Ikut cara-cara derkat bawah ni:

– Ambil lada dan garam dan campurkan
– Jadikan pes tebal dan tambah sedikit air (beberapa titis)
– Masukkan pes pada gigi korang yang bermasalah atau sakit
– Tunggu beberapa minit
– Lakukan  prosedur ini sekali sehari selama beberapa hari berturut-turut

2. Bawang Putih
-korang ambil satu atau dua  ulas bawang putih , kunyah dan sakit akan hilang.
-selain bawang putih, korang boleh guna serbuk bawang putih dan masukkan campuran itu dalam gigi yang bermasalah.
-lakukan prosedur ini selama 3-4 hari.

3. Cengkih 
-Kisar dalam 3 biji cengkih, guna minyak zaitun atau minyak sayur dan campur dengan cengkih yang sudah dikisar. Masukkan dan letak pada gigi yang sakit
-Selain itu, korang boleh membuat campuran setengah gelas air putih dan 3-4 titik minyak cengkih dalam rangka mencipta ubat kumur semulajadi.
4. Bawang
-Ambil satu bawang merah dan kunyah selama beberapa minit. Cara ini akan meredakan kesakitan korang dengan cepat.
-kalau korang tak boleh nak kunyah bawang, hiris bawang dan letak di bahagian gigi yang sakit. Biarkan selama beberapa minit.

Senang je kan? Jangan ragu-ragu, cara ini dijamin berkesan dan korang boleh cuba buat dekat rumah.

Sumber : sajakongsi
Share:

Gempar! Gajah dilihat seperti Harimau Pra-sejarah ditemui?




KOTA KINABALU, 11 Ogos: Seekor gajah unik ditemui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah di Tawau.

Gajah itu kelihatan mempunyai gading yang terbalik - seolah-olah seperti taring harimau pra-sejarah yang dikenali sebagai 'saber-toothed tiger'.



                                                                Saber Toothed Tiger

Penolong pengarah jabatan itu, Dr. Sen Nathan berkata pasukannya menemui gajah itu ketika mengalihkan sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke satu tempat baru.

"Ini merupakan penemuan yang sangat jarang berlaku, tapi semua gajah ada keunikan tersendiri", kata beliau.

Gajah-gajah itu akan dilepaskan ke dalam satu kawasan hutan yang dikawal.

Gajah Borneo Pygmy disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli atau IUCN.

Sumber: siakapkeli
Share:

Adakah anda pasti anda sihat? Pasti mengejutkan anda

Periksa Kesihatan Anda Melalui Bentuk Najis
Ramai yang tidak tahu tahu betapa pentingnya membuang air besar setiap hari. Sebenarnya salah satu kaedah untik mengetahui tahap kesihatan anda adalah melalui bentuk najis.
Jawab soalan-soalan di bawah untuk mengetahui sama ada najis anda sihat atau sebaliknya.

Soalan 1
Adakah ia terapung ?
Terapung : 1 markah
Tenggelam : 2 markah

Soalan 2
Sejauh manakah kepejalannya?
Seperti ubat gigi : 1 markah
Keras : 2 markah

Soalan 3
Berapakah beratnya?
*2 ketul najis sehari, diameter lebih kurang 2 cm dan kira kira 15 cm panjang
Lebih 200 gram : 1 markah
Bawah 200 gram : 2 markah

Soalan 4
Berapa kerapkah anda membuang air besar?
Sekali sehari : 1 markah
Bukan setiap hari : 2 markah

Soalan 5
Apakah warna najis anda?
Kuning : 1 markah
Coklat gelap : 2 markah

Soalan 6
Adakah ia berbau ?
Tidak sangat : 1 markah
Berbau busuk : 2 markah

Soalan 7
Bagaimanakah bentuknya?
Seperti batu kelikir : 1 markah
Seperti adunan : 1 markah
Seperti pisang : 1 markah
Sangat keras : 2 markah
Cair : 2 markah
Seperti tanah liat : 2 markah

Permarkahan
7 – 9 markah : Tahniah! Anda sihat.
10 – 12 markah : Waspada apa yang anda makan. Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan.
13 – 14 markah : Amaran! Jika keadaan ini berterusan lebih lama, anda perlu berjumpa doktor.
Tahukah Anda? Tahap kesihatan tubuh badan kita dapat ditentukan melalui bentuk dan warna najis yang dilaburkan di ‘bank-bank’ yang diiktiraf di tempat anda. Bagaimana ingin mengetahui sama ada najis anda menepati ciri-ciri seorang yang sihat atau tidak?

Ciri-ciri najis yang ideal
Berwarna kuning keemasan.
Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
Air 80%
Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.



So, lepas ni kalau lepas membuang jangan terus flush ok! Sekali – sekala boleh lah intai sikit tengok macam mana bentuk HASIL yang dikeluarkan. Jika najis anda tidak menepati ciri-ciri najis ideal, ini bermakna usus anda bermasalah dan dipenuhi toksin. Cegahlah dengan segera.

Sumber: era.fm
Share:

Tuesday 9 August 2016

Panas! Terbongkar wajah encik mimpi yang amat mengejutkan



Siapa peminat Encik Mimpi boleh melompat gembira sekarang. Opsss nak tahu kenapa? Tentulah wajah sebenar Encik Mimpi terbongkar tetapi setakat mana tahap kesahihan perkara tersebut penulis tak boleh nak janji tetapi bila dilihat betul-betul memang dah macam Encik Mimpi. Yelar kan, pasti ramai teruja nak tahu wajah sebenar Encik Mimpi yang sebelum ini biasa bertopeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis.
Sumber daripada blog syokmedia menunjukkan wajah Encik Mimpi yang sedang bermain telefon bimbitnya. Encik Mimpi atau nama sebenarnya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur.
Identiti Encik Mimpi sebelum ini menjadi penuh misteri, sehingga ramai peminat yang ingin tahu tentang dirinya yang sebenar.


Wajah Sebenar?

Mungkin gambar ini gambar zaman muda-muda Encik Mimpi, nampak macam budak mentah lagi. Opsss
Penampilan kini semakin matang! lebih styloooo tau! Patut la ramai peminat! Kalau nak tahu sebelum ini Encik Mimpi melepaskan jawatannya dengan sebuah syarikat teknologi maklumat bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada nyanyian. Tindakan yang diambil langsung tidak dikesalinya malah dirinya yakin dia mampu berjaya dalam bidang nyanyian selagi ada usaha, keinginan dan bersedia dengan perancangan masa depan.Sumber : gosipmalaysia
Share:

Monday 8 August 2016

Belum pernah ada pesakit ketagih ketum? Betul ke



Kerajaan sewajarnya meminta universiti-universiti tempatan menjalan kajian terperinci tentang baik atau buruk cadangan mengkomersialkan daum ketum sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Setakat ini, baik atau buruk kegunaan daun ketum dalam perubatan tradisional tidak dapat dibuktikan kerana daun herba ini sering kali diberi stigma negatif.
Lantaran itu, menanam, membawa atau memiliki daun ketum didapati menyalahi undang-undang di bawah Akta Racun.1952.
Daun ketum yang menghasilkan air ketum seringkali dikaitkan dengan ketagihan tetapi sehingga hari ini belum ada kajian yang membuktikan air ketum jika diminum tanpa dicampurkan akan menyebabkan ketagihan.
Bagaimanapun, kesannya berbeza jika mencampurkan air ketum yang direbus dengan air berkarbonat, ubat batuk, ubat nyamuk atau ubat gegat untuk mendapat kesan khayal yang tinggi, meskipun campuran itu adalah racun kepada tubuh.
Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), Dr. Rusdi Abd. Rashid berkata, ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah tumbuhan herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat sakit sendi, membunuh cacing dan merawat cirit-birit.
Para penternak juga menggunakan daun ketum bagi haiwan peliharaan agar dapat membunuh cacing hingga menjadikan ternakan gemuk. Selain itu, daun ketum turut digunakan sebagai penahan sakit, mengurangkan kerisauan dan antiseptik.
Kepelbagaian kegunaan daun ketum dalam perubatan menyebabkan pokok herba ini dieksport oleh Eropah dan Amerika Syarikat.
"Sebab itu apabila Risda berhasrat untuk mengkomersialkan tanaman pokok itu, pada pandangan saya, ia tidak sepatutnya dijadikan halangan.
"Bagaimanapun, kita perlu faham sentimen kerajaan yang khuatir tanaman ketum ini akan dijadikan bahan ketagihan," katanya kepada MalaysiaGazette di sini.
Beliau yang terlibat dalam kajian kesan daun ketum dalam kemurungan pada tahun 2010 di Alor Setar dan Kuala Kedah mendapati 60 peratus pengguna air ketum adalah dalam kalangan penagih dadah opiat bagi mengurangkan kesan ketagihan.
Sebanyak 20 peratus lagi golongan tua yang mengalami sakit sendi dan bakinya dalam kalangan pelajar sekolah dengan tujuan berseronok.
Katanya, golongan penagih dadah opiat menggunakan daun ketum dalam mengatasi ketagihan dan penggunaan daun ini sebenarnya lebih baik daripada methadone yang menyebabkan najis keras, toksik dan bahaya pada peringkat awal pengambilan serta kos lebih tinggi.
Dr. Rusdi berkata, pengambilan daun ketum dalam kalangan penagih dadah inilah menyebabkan masyarakat telah memberi pandangan negatif terhadap daun itu walaupun penggunaannya dalam perubatan tradisional bukan baru.
Beliau akui, kebanyakan penagih heroin mengambil air ketum untuk mengurangkan ketagihan kerana daun ini mengandungi alkolaid bahan dalam ubat batuk dan ubat mengantuk serta agen stimulant yang memberi tenaga.
Namun kandungan daun ketum yang mempunyai urat putih, hijau dan merah adalah berbeza.
Beliau yang pernah sekali merasai air ketum semasa menjalankan kajian memberitahu, rasa airnya sangat pahit dan apabila diminum badan rasa segar.
Berpengalaman bertugas sebagai doktor perubatan di Kedah sebelum ini, Dr. Rusdi berkata, dulu ada pesakitnya yang mendakwa mengambil air ketum untuk mengawal kencing manis sehingga tidak perlu mengambil ubat.
"Masalah daun ketum ini berlaku apabila penagih menggunakannya, sedangkan setakat ini saya tidak pernah didatangi pesakit kerana ketagih ketum," ujarnya.
Beliau berpendapat, cadangan Risda untuk mengkomersialkan ketum untuk eksport wajar diberi pertimbangan mengambil kira kejatuhan harga getah.
"Saya percaya sudah tentu ada kebaikan daun ini sebab itu ia wujud di muka bumi itu dan khusus di sebelah utara, lantaran itu kajian terperinci mengenai kegunaan daun ketum perlu dilakukan.
"Dan bukannya kita tebang semua pokok ketum yang ada, semata-mata untuk menangani ketagihan, pupuskan anugerah yang Allah kurniakan. Kita boleh gunakannya cuma jangan salah guna.
"Ubat-ubat lain pun kalau diambil secara tidak betul juga membahayakan.
"Thailand sudah lama eksport daun ini. Risda juga boleh buat demikian, mungkin lagi mudah untuk mengawalnya jika untuk eksport semata-mata, " tambahnya.

Sumber: Malaysiagazette
Share:

panas! Tindakkan kakitangan pesawat yang biadap


Gara-gara hanya menyebut perkataan 'Allah' semasa menggunakan telefon bimbit di dalam pesawat. sepasang suami isteri telah diarahkan turun dan meninggalkan pesawat.

Memetik laporan  The Washington Post, pasangan berkenaan, Nazia Ali dan suaminya Faisal dikatakan dalam perjalanan pulang ke  Ohio setelah pulang dari di London dan Paris sempena ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka.

Ketika dalam pesawat, mereka tidak menyedari yang salah seorang anak syarikat penerbangan terkemuka US itu telah memaklumkan kepada juruterbang bahawa beliau kurang senang dengan pasangan tersebut, menurut laporan Cincinnati Enquirer.

Alasan yang digunakan kru berkenaan untuk menyuruh pasangan ini keluar adalah Natia menggunakan telefon dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.

Selain itu anak kapal itu juga mendakwa pasangan berkenaan telah menyebut  perkataan “Allah”.

Oleh itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehingga pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.

“Kami sudahpun duduk di dalam pesawat selama 45 minit,” 

“Anak kapal kemudian bertanya ‘Bolehkah anda keluar bersama saya? Kami mahu bertanya beberapa soalan’. Maka saya bertanya kepada beliau sama ada kami perlu membawa barangan kami dan beliau menjawab, ‘Ya, sila bawa semua barangan anda. Anda tidak akan menaiki pesawat ini," kata Nazia kepada Cincinnati Enquirer.

Berikutan tindakan kru pesawat berkenaan, kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk masyarakat Muslim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai “religious profiling”.


Wakil Majlis Perbuhungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan menggesa pemerintah Amerika supaya mengambil tindakan dan ia juga mengumumkan rancangan untuk membuat aduan terhadap syarikat penerbangan itu kepada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang wanita Muslim yang juga dalam perjalanan pulang setelah berbulan madu di Turki, diarah keluar daripada laluan mengecap passport di Lapangan Terbang Doncaster Sheffield di South Yorkshire, kerana membaca buku tentang Syria.


Sumber : siakapkeli
Share:

Rayani Air perlu mohon lesen baru untuk beroperasi



Syarikat penerbangan Rayani Air perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) jika ia berhasrat memulakan semula operasinya.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata syarikat itu juga perlu mengemukakan strategi perniagaan yang baharu selain mendapatkan rakan kongsi yang mempunyai dana mencukupi untuk menjalankan perniagaan.
"Sebelum ini mereka (Rayani Air) telah pun menyatakan keinginan secara lisan kepada kerajaan untuk memulakan semula operasi mereka dan mahu memperbaharui lesen mereka yang telah dibatalkan.
"Namun kerajaan menerusi DCA dan Mavcom tidak dapat menimbang permintaan mereka kerana beberapa perkara dan menyarankan mereka membuat permohonan lesen baharu jika ingin meneruskan operasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium Sistem Trafik Kapal Antarabangsa (VTS) ke-13 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Ravi Alagendrran yang ditulisnya di akaun Facebooknya semalam, yang menyatakan bahawa syarikat itu sedang berusaha keras agar DCA dan Mavcom memberikan peluang kedua untuk beroperasi.
Ab Aziz berkata, kerajaan tidak ada halangan ke atas mana-mana pihak untuk menjalankan syarikat penerbangan sebaliknya ia amatlah digalakkan bagi memperkasa industri pelancongan negara selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Katanya, ia juga adalah dasar kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak
syarikat penerbangan bagi menyediakan perkhidmatan secukupnya untuk membawa masuk kedatangan pelancong ke negara ini.
"Sekarang ini banyak permintaan untuk membawa pelancong ke negara ini terutama dari negara China dan pesawat-pesawat tidak mencukupi.
"Jadi dengan perkembangan industri pelancongan ini, memang sewajarnya kita dapat menyediakan lebih banyak syarikat peberbangan," katanya.
Jun lalu, DCA membatalkan Sijil Operasi Udara (AOC) bagi Rayani Air
selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat berkenaan.
Mavcom pula turut membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air selepas mendapati syarikat itu melanggar syarat yang ditetapkan di dalam ASL tersebut serta mempunyai kedudukan kewangan yang lemah untuk terus beroperasi.
Rayani Air memulakan operasi Disember tahun lalu.

Sumber : Malaysiakini
Share:

Panas S'wak gantung permit kerja untuk Petronas di negeri itu



Petronas tidak lagi akan boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru.
Menurut akhbar The Borneo Post, keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
"Moratorium kerajaan negeri ini berkuatkuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baru untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak," katanya yang dipetik akhbar itu.
Douglas berkata, kerajaan negeri telah meminta penjelasan dari Petronas dan syarikat minyak itu berkata pemberhentian pekerja adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos.
Beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci daripada Petronas mengenai jumlah anak Sarawak yang bekerja dengan syarikat minyak berkenaan di negeri itu.
Langkah itu berikutan aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.
Badan pemikir Sarawak, Suarah Petroleum Group (SPG) mendakwa hanya 39 peratus daripada jawatan pengurusan dan 46 peratus daripada jawatan eksekutif dalam operasi Petronas Sarawak dipenuhi oleh rakyat Sarawak.
Ini mendorong desakan untuk campur tangan kerajaan, dengan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mencadangkan bahawa kerajaan negeri membatalkan permit kerja rakyat dari Semenanjung yang bekerja dengan Petronas di Sarawak, sehingga jumlah rakyat Sarawak dinaikkan hingga 70 peratus.
Jika ini dilaksanakan, ramai penduduk di Semenanjung Malaysia yang bekerja dengan Petronas Sarawak akan kehilangan pekerjaan mereka.
Sumber: MMalaysiakini
Share:

Macam ini lah kegunaan lubang kerusi ini. Mudah saja rupanya.



Oleh Razzlyn Rosli. 

Mungkin ada diantara kita yang tertanya - tanya dan berfikir kenapa ada lubang di atas permukaan kerusi ini. Sebenarnya lubang yang terdapat pada kerusi yang sering digunakan di gerai dan juga restoran ini mempunyai fungsi dan bukan semata - mata design nya sahaja.  

Penjelasan tentang fungsi dari lubang tersebut ialah :



1. Lubang tersebut memudahkan pengambilan kerusi ketika disusun, cuba bayangkan jika kerusi tersebut tidak mempunyai lubang mesti susah nak ambilkan?

2. Jika tanpa lubang, udara akan terkumpul diantara dua kerusi dan perkara ini akan membuat pengguna sukar untuk menyusun dan mengeluarkan  kerusi tersebut. Dengan adanya lubang di tengah, tekanan udara akan bergerak bebas dan kerusi mudah dikeluarkan kerana udara masuk dan keluar.

3. Ada juga yang mengatakan dengan adanya lubang tersebut, ianya memudahkan pengguna untuk buang angin dan ianya akan mengalir bebas. ( Point yang di nampak macam kelakar tapi yelah macam masuk akal juga kan?)
 

4. Untuk memastikan tidak berlaku kecurian ketika gerai ditutup, dengan adanya lubang di tengah, ia memudahkan untuk menyimpan dan dikunci macam gambar kat atas tu. :)

Sumber: era.fm
Share:

Gempar! Apa yang dikatakan di Sarawak tentang pokemon go telah menjadi tumpuan ramai untuk



KUCHING: Pihak berkuasa agama Islam di Sarawak tidak akan mengisytiharkan Pokemon Go sebagai haram.
Setakat ini, tiada halangan untuk umat Islam di Sarawak bermain permainan itu, tidak seperti beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sebenarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan pihak yang sepatutnya menentukan sama ada permainan tersebut merbahaya atau layak untuk diharamkan.
“Jika permainan ini memudaratkan, SKMM lah yang perlu mengambil tindakan.
“Tiada kena-mengena dengan agama. Jika permainan ini adalah haram, jadi bagaimana pula dengan permainan lain seperti Clash of Clans, contohnya. Terdapat baik dan buruk dalam bermain Pokemon Go ini.” katanya pada sidang media di Majlis Islam Sarawak (MIS) hari ini.
Sumber: mynewshub.cc
Share:

Gempar Tudung Bawal Exclusive Berharga RM10,000, Paling Mahal Di Malaysia!

Baru-baru ini jenama tudung terkenal,
Tudung Bawal Exclusive telah menjual koleksi Tudung Bawal paling mahal dengan harga RM10,000!



Dan sememangnya, Malaysia kini merupakan lubuk tudung dengan pelakon dan jutawan tudung, Neelofa yang mampu menjana jualan tudung sebanyak RM50 juta setahun.
Menerusi laman Facebook syarikat ini, tudung paling mahal di Malayisa yang berharga RM10,000 telah berjaya dijual kepada seorang pembeli tudung wanita.
Lebih banyak batu permata, lagi mahal harga tudung tersebut.
Harga Tudung Bawal Exclusive bermula pada harga serendah RM45.60 hingga mencecah ke ribuan ringgit sehelai.
Tudung Bawal Exclusive mencecah nilai ribuan ringgit kerana dihiasi dengan batu permata Swarovski .
Tudung Bawal Exclusive yang sudah menjadi milik Puan Nurul Asmat ini mencecah RM10,000 kerana ia dihiasi kristal mewah yang dibawa khas dari wilayah Wattens, Austria.
Yang pasti, wanita moden kini sanggup berhabis duit untuk membeli tudung dengan trend terkini.

Sumber: sentiasapanas
Share:

Gempar inilah perbezaan Msotropin VS Ripped Spartan?



Pada tahun 2014, Mesotropin sdn bhd telah berjaya mengeluarkan supplemen bina otot yang dikenali sebagai MSOTROPIN.

Dan pada tahun 2016, sekali lagi Mesotropin sdn bhd telah berjaya menghasilkan supplement untuk bina badan juga yang dikenali sebagai Ripped Spartan.

Ramai yang keliru mengenai fungsi dua supplement ini. Dan rata-rata mengatakan mereka mempunyai fungsi yang sama.



Msotropin dan Ripped Spartan mempunyai fungsi yang berbeza.

Perbezaan pertama:
Msotropin dapat meningkatkan tenaga.
Manakala Ripped Spartan dapat meningkatkan kekuatan.

Tenaga dan kekuatan dua perkara yang berbeza.

Sebagai contoh, untuk mengangkat beban 20kg tanpa ada kekuatan tidak boleh dilakukan walaupun memiliki tenaga yang tinggi.

Jika mampu mengangkat beban 20kg tetapi tidak cukup tenaga, beban 20kg tidak berjaya diangkat banyak kali.

Nampak tak perbezaan disitu?

Secara mudahnya, jika anda mahukan tenaga extra ketika workout boleh ambil MSOTROPIN.

Namun jika anda mahu meningkatkan daya kekuatan anda dan mahukan lebih beban diangkat maka cadangan kami adalah Ripped Spartan.

Perbezaan kedua:

Msotropin dapat membesarkan otot. Ripped Spartan tidak ada fungsi membesarkan otot.

Msotropin memiliki gabungan herba tribulus dan tongkat ali yang mana dapat meningkatkan paras testosterone lelaki lebih tinggi dari biasa.

Jadi Msotropin adalah Muscle Booster yang terbaik berbanding Ripped Spartan.

Perbezaan Ketiga:

Ripped Spartan dapat meningkatkan metabolisme dengan pantas dan meningkatkan pembakaran kalori dengan efisen.

Kelebihan fungsi ini tidak ada dalam Msotropin.

Bagi individu yang ingin mengurangkan peratusan lemak pada badan, Ripped Spartan adalah untuk anda.

Perbezaan keempat:

Msotropin wanita tidak boleh digunakan.
Ripped Spartan wanita boleh digunakan.





Kesimpulan,

Jika anda mahukan peningkatan berat badan melalui pembesaran otot, cadangan kami adalah MSOTROPIN.

Jika anda mahukan otot yang sederhana tanpa pembesaran otot yang keterlaluan dan mempunyai peratusan lemak yang rendah maka cadangan kami adalah RIPPED SPARTAN.

Kandungan aktif Msotropin
Mesotropin active blend, bcaa, tribulus, tongkat ali.

Kandungan aktif Ripped Spartan
L Carnitine, Creatine, glutamine

FAQ

1. Boleh ke ambil Msotropin bersama Ripped Spartan
– Ya boleh tiada masalah. Msotropin ambil sebelum workout. Ripped Spartan diambil semasa workout.

2. Berat badan saya 100kg. Apa supplement sesuai untuk saya?
– Anda kena turunkan dahulu berat badan. Cuba kekalkan otot yang ada sambil kurangkan lemak dalam badan dengan cara lebihkan kardio dan diselangselikan dengan workout. Cadangan supplement Ripped Spartan.

3. Saya dah workout setahun lebih tapi otot chest dan bicep saya biasa2 je. Macam susah nak besar. Apa perlu saya lakukan?
– Anda boleh mengambil Msotropin untuk meningkatkan lagi pembesaran otot anda. Disamping itu diet yang tinggi seperti whey protein, ayam, ikan serta daging mestilah ditingkatkan portion nya. Kurangkan latihan jenis kardio dan sentiasa tingkatkan bebanan beban ketika workout.

4. Saya nak bertanding di acara bina badan kurang dari 3 bulan lagi. Supplement apa yang dicadangkan?
– Untuk pertandingan bina badan anda mestilah melakukan persiapan yang rapi. Ripped Spartan dapat membantu anda untuk kurangkan peratusan lemak disamping mengekalkan kekuatan otot badan anda. Selain daripada itu, bagi mengekalkan jisim otot dan menjadikan otot lebih padu pengambilan Msotropin 3biji sebelum workout dapat membantu anda.

5. Saya nak bulking tanpa berlakunya pertambahan lemak secara mendadak?
– Kami cadangkan anda mengambil Msotropin. Ia adalah ‘muscle booster’ yg halal & paling terbaik setakat ini di Malaysia

6. Saya jarang ke gym tapi saya lebih suka melakukan aktiviti calisthenic, manakah lebih sesuai untuk saya?
– Sudah tentu Ripped Spartan. Membantu anda meningkatkan kekuatan bagi melakukan setiap disiplin dalam aktiviti calisthenic.

Sumber : mesotropin.com

ps: Jika anda mempunyai persoalan berkaitan produk Mesotropin? Boleh hubungi khidmat pelanggan yang saya sediakan di sini.
talian: +60 19 920 2860
Share:

Sunday 7 August 2016

Petua yang boleh dipakai dalam menghilangkan parut di muka secara tradisional


Kesan parut terutamanya di bahagian wajah boleh menjejaskan penampilan seseorang dan membuatkannya berasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.
Dalam artikel ini, "Notawanita" akan kongsikan punca yang menyebabkan terjadinya parut pada kulit dan juga petua-petua dengan menggunakan bahan semulajadi untuk menghilangkan kesan parut.
Parut biasanya terbentuk melalui proses penyembuhan luka di bahagian kulit, ini termasuk parut jerawat, parut kesan luka, parut akibat pembedahan ataupun mungkin parut dari kesan terkena minyak panas atau kesan kebakaran.
Parut mengambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya malah ada juga parut yang akan terus kekal di bahagian kulit terutamanya parut yang bersaiz besar seperti parut pembedahan atau kebakaran.

Petua Menghilangkan Parut Secara Tradisional
Selain rawatan moden, ada juga rawatan alternatif yang lebih murah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghilangkan parut. Kami kongsikannya untuk anda.
1)Ambil sedikit kayu manis dan tumbuk atau kisar sehingga menjadi serbuk. Ambil sedikit serbuk dan tambahkan dengan sedikit air kemudian sapukan ke atas bahagian kulit yang berparut. Untuk hasil yang lebih berkesan, tambahkan sedikit bedak sejuk.
2) Kulit pisang juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Gosokkan sahaja kulit pisang ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan secara kerap sehingga parut sudah tidak kelihatan.
3) Kacang hijau juga mempunyai khasiat tersendiri dalam rawatan kulit wajah. Caranya anda perlu kisarkan kacang hijau sehingga ia menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya. Serbuk kacang hijau ini juga boleh dijadikan masker untuk merawat kulit wajah yang berjerawat.
4) Daun lidah buaya (Aloe Vera) juga mempunyai kebaikan yang tersendiri untuk merawat kulit yang berparut. Anda hanya perlu sapukan lendir daun lidah buaya pada bahagian kulit yang berparut. Amalkan setiap hari.
Pilih salah satu petua yang mudah untuk anda amalkan secara konsisten. Walaupun penggunaan bahan semulajadi secara lazimnya selamat untuk semua jenis kulit, ada juga jenis kulit yang terlalu sensitif dan mungkin akan terjadinya alergi. Jadi hentikan amalan mana-mana petua sekiranya kulit anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti gatal-gatal atau kemerah-merahan.
Share:

Gempar Khasiat kulit pisang yang ramai belum tahu

Khasiat Kulit Pisang Untuk Kecantikan Kulit. Kulit pisang yang kerap dianggap sekadar bahan buangan sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri untuk kecantikan kulit.
Kulit pisang bukan sahaja bersifat pemutih tetapi ia juga boleh bertindak sebagai antibiotik untuk kulit kerana mempunyai sifat anti kulat. Selain itu ia bersifat antioksidan yang mampu merawat beberapa masalah kulit.

Khasiat Kulit Pisang Untuk Kecantikan Kulit
1)Merawat Jerawat – Memandangkan kulit pisang bersifat antioksidan maka ia dapat membantu merawat masalah jerawat. Pilih pisang yang tidak terlalu muda dan juga tidak terlalu masak. Gosok dalaman kulit pisang tersebut ke bahagian kulit wajah yang berjerawat. Kulit pisang juga boleh dibuat masker dengan cara menghancurkan bahagian dalam kulit pasang dan campurkan dengan sesudu madu. Kemudian sapukan ke wajah. Biarkan kering seketika sebelum dicuci bersih.
2)Menghaluskan dan Mencerahkan Kulit– Tidak perlu berbelanja ratusan atau ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah dan halus. Satu petua tradisional yang boleh anda amalkan adalah dengan menggunakan masker kulit pisang di wajah. Masker kulit pisang juga sesuai untuk anda yang memiliki masalah kulit kering, kasar dan kusam. Sapukan ke kulit wajah secara konsisten sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melihat hasilnya.
3) Petua Anti Penuaan – Peningkatan usia akan mengakibatkan kulit wajah berkedut dan timbulnya garis-garis halus pada kulit wajah. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan satu petua menggunakan kulit pisang. Caranya keluarkan bahagian dalam kulit pisang dan tambahkan dengan satu sudu madu. Sapukan ke seluruh wajah dan leher anda. Biarkan seketika kira-kira 15 ke 20 minit. Kemudian ambil sehelai tuala (jenis lembut) yang telah di rendam dalam air suam terlebih dahulu dan bersihkan sisa-sisa kulit pisang dari wajah anda. Amalkan petua ini 2 atau 3 kali seminggu.
Selain bermanfaat untuk kecantikkan kulit wajah, kulit pisang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi.
Setelah membaca artikel Khasiat Kulit Pisang Untuk Kecantikan Kulit pasti anda akan terfikir dua tiga kali sebelum membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.
Sumber: notawanita
Share:

Adnow

loading...

Babab Net-