}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Tuesday 23 February 2016

KUALA KRAI AKAN KEMBALI SEJUK?


KUALA KRAI - Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.
Rata-rata penduduk tidak menyangka fenomena tersebut kembali melanda dan mengakui cuaca sejuk dengan suhu sekitar 19 darjah selsius dirasai sejak seminggu.
Penduduk mendakwa perubahan suhu sejuk mula dirasai sejak petang Ahad lalu dan berlarutan sehingga kelmarin, sebelum suhu kembali normal pagi semalam iaitu 21 darjah selsius
Pesara guru, Abdullah Harun, 76, berkata, fenomena musim sejuk itu cukup dirasai terutamanya di waktu awal pagi.
Katanya, cuaca sejuk, berangin dan berkabus pada sebelah pagi menyebabkan penduduknya yang terpaksa berbaju sejuk untuk ke tempat kerja atau sekolah.
Menurutnya, sebaik selesai mandi dan berwuduk, dia terpaksa memakai pakaian lebih tebal berbanding kebiasaannya untuk ke masjid bagi menunaikan solat Subuh.
“Saya ingatkan faktor usia menyebabkan badan mudah terasa sejuk.
“Selesai solat Subuh, suhu sejuk membuatkan anggota badan terasa sedikit kaku, saya kena keluar bersenam bagi mengelak risiko kekejangan otot," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, keadaan berkabus di antara jam 8.30 hingga 9.30 masih kelihatan di kawasan sekitar daerah ini terutama di Telekong dan Keroh
Pengguna laluan arah Kuala Krai ke Machang juga menyalakan lampu kenderaan masing-masing kerana jarak penglihatan agak terhad.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohamad Abdullah, 50-an berkata, kesejukan berganda pada waktu awal pagi itu memaksa anaknya mandi air suam untuk ke sekolah .
“Isteri panaskan air memandangkan rumah kami tidak mempunyai alat pemanas air untuk memandikan anak perempuan ke sekolah pagi kelmarin.
“Anak tidak minta mandi dengan air panas, tapi isteri kesian anak kesejukan dengan  persekitaran yang begitu sejuk,” katanya.
Untuk rekod, daerah ini pernah mencatatkan suhu serendah 17.5 darjah selsius pada 2014 dan suhu minimum 19.4 darjah hingga maksimum 30.5 darjah selsius pada siang hari pada Januari 2015.

Sumber: Sinar Harian
Share:

Adnow

loading...

Babab Net-