}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Wednesday 29 June 2016

Jadual suku akhir Euro

Perlawanan Euro 2016 akan memasuki fasa Suku Akhir yang dijadualkan bermula pada 1 Julai 2016 dan perlawanan akhir pada 11 Julai 2016 dengan perlawanan akhir di Stadium Saint-Denis, Perancis.

Jadual Euro suku akhir 2016.jpg

Jadual perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir Final Euro 2016.

Tarikh dan masa perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia.

1. SUKU AKHIR

Poland vs Portugal (Marseille)
Jumaat (1 Julai 2016) 3am

Wales vs Belgium (Lille)
Sabtu (2 Julai 2016) 3am

Jerman vs Itali (Bordeaux)
Ahad (3 Julai 2016) 3am

Perancis vs Iceland (St-Denis)
Ahad (4 Julai 2016) 3am

2. SEPARUH AKHIR

Pemenang QF1 vs Pemenang QF2
Khamis (7 Julai 2016) 3am

Pemenang QF3 vs Pemenang QF4
Khamis (8 Julai 2016) 3am

3. AKHIR

Pemenang SF1 vs Pemenang SF2
Isnin (11 Julai 2016) 3am

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/06/jadual-perlawanan-suku-akhir-separuh.html#ixzz4D1Ij4y8f
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
Share:

Perhatian! Ini amat penting untuk orang mengantuk, sini tips hindari mengantuk

Ketahui tips² hilang/hindari mengantuk dalam kereta.


Cara Menghilangkan Mengantuk. Kalau anda sedang merancang untuk perjalanan jauh, tips ini bagus dibaca.
Meskipun mengantuk merupakan salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang, namun mengantuk pada tempat dan waktu yang tidak tepat boleh menimbulkan banyak masalah. Lebih-lebih lagi jika sedang memandu kenderaan.
Memandu ketika dalam keadaan mengantuk sangat membahayakan. Sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% . Ini adalah kerana ketika terlelap, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan sempurna.


Bagi anda yang mempunyai masalah mengantuk yang berlebihan ketika memandu, anda boleh praktik beberapa tips di bawah bagi mengatasinya.

1.   Basuh muka dengan air
Ini mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun, agak kurang praktikal wanita-wanita yang sudah siap bersolek.Tetapi, jika tiada pilihan lain, terpaksalah berkorban kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.


2.   Dengar muzik yang rancak
Muzik juga penyelesaian paling efektif  bagi menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Boleh juga jika anda memutarkan lagu-lagu ‘favourite’. Cara ini mampu mempengaruhi suasana hati agar tetap bersemangat.

3. Elak memandu berseorangan
Kadang-kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk mengantuk adalah tinggi.Untuk mengatasi anda disarankan mengajak seorang rakan atau pun ahli keluarga untuk memeriahkan lagi suasana di dalam kereta. Carilah topik yang boleh membuatkan anda ketawa bagi menepis rasa bosan dan mengantuk di sepanjang pemanduan.

4. Berehat sekejap jika perlu
Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan pasti akan berasa letih dan penat. Ada baiknya anda berhenti di mana-mana hentian rehat untuk merehatkan diri. Ambil masa 15 hingga ke  20 minit untuk melelapkan mata buat seketika.Selepas bangun, pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.

Baca Juga: Bahaya Kurang Tidur

5. Minum minuman isotonik /berkafein
Minuman isotonik dapat mencergaskan badan dan mengelak rasa lesu ketika memandu. Manakala minuman berkafein pula dapat meningkatkan produksi adrenalin dan menghalang zat kimia yang menyebabkan rasa mengantuk.
Jika anda tergolong dalam kategori orang yang kerap diserang rasa mengantuk ketika memandu, tips sederhana ini boleh dipraktik untuk membuatkan anda kembali bangkit ataupun segar daripada mengantuk!


Read more: http://www.wom.my/kesihatan/cara-menghilangkan-mengantuk/#ixzz4D0XqYBn8 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook
Share:

Perkara yang perlu diambil perhatian sebelum pulang ke desa untuk beraya

Bestnya Balik Kampung! Tapi Pastikan Tak Tertinggal Buat 5 Perkara Ini
 Syoknya Balik Kampung! Tapi Pastikan Tak Tertinggal Buat 5 Perkara Ini

Syoknya Balik Kampung! Tapi Pastikan Tak Tertinggal Buat 5 Perkara Ini
Wah, tinggal beberapa hari sahaja lagi tibanya Syawal! Kini tiba masanya warga kota terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing-masing. Sebagai anak perantau, aku juga tidak ketinggalan untuk pulang ke kampung. Pastinya hati melonjak-lonjak untuk balik bertemu ibu bapa dan saudara-mara. 
Apa yang syoknya apabila dekat nak raya ini, pesta balik kampung akan bermula dan berduyun-duyunlah kenderaan di lebuh raya. Sungguhpun berlakunya kesesakan jalan raya, namun itulah momen yang indah. Tak percaya, tanyalah kepada mereka yang merasainya saban tahun ketika mahu pulang berhari raya. 
Paling indah, sudah tentulah sambil memandu mendengar lagu-lagu raya di corong radio. Terbayang-bayang wajah bonda dan ayah di mata. Syahdunya ketika itu. Namun, dalam kita teruja untuk pulang ke kampung, jangan abaikan keselamatan. Pandulah dengan berhati-hati. Bak kata orang, biar lambat asalkan selamat. 
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Ikutilah jadual waktu perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib agar dapat mengurangkan kesesakan jalan raya. Bagi yang mengantuk dan penat, berhenti dahulu di mana-mana hentian rehat atau stesen minyak.
Di sini, sebagai tanda prihatin aku pada kalian semua, jom sama-sama kita baca tip balik kampung ini agar perjalanan lancar dan selamat. Selamat hari raya dan pulang ke kampung!
1.Pastikan keselamatan rumah dengan sempurna
Sungguhpun kita tak fikir sangat perkara buruk berlaku namun lebih baik berjaga sebelum terkena. Suis elektrik yang tidak digunakan tutup sahaja. Pasang lampu sama ada di dapur atau porch kereta. Jika ada mangga dan kunci tambahan gunakan sahaja supaya menyukar si pencuri pecah masuk rumah. Jangan lupa pesan dengan jiran atau telefon polis untuk memaklumkan kalian pulang kampung.
2. Servis kenderaan sebaik yang mungkin
Hantar sahaja ke kedai servis kereta yang dipercayai. Memang tindakan ini memerlukan belanja tetapi soal keselamatan dan nyawa tiada kompromi.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian dah tak berguna. Orang kata beringat sebelum kena. Malah servis kereta boleh memberi ketenangan fikiran ketika dalam perjalanan terutama perjalanan yang terlalu jauh. Minyak pun boleh dijimatkan.
3. Pemandu perlu rehat yang mencukupi
Seandainya si suami jadi pemandu maka elok sangat untuk tidur awal. Sebagai pemandu jarak jauh perlu ada pembantu supaya keletihan tidak terasa sangat. Lebih baik bertukar-tukar pemandu supaya masa rehat mencukupi. Orang kata tak boleh memandu selama 5 jam berterusan.
4. Pandu secara berhemah tanpa berlagak samseng
Satu sikap pemandu di negara kita yang kurang manis dipandang ialah berlagak samseng. Mereka bertindak angkuh dengan memandu laju, memotong tanpa isyarat dan menukar laluan sesuka hati. Perlu ingat memandu secara berhemah akan dipuji dan didoakan baik-baik oleh pemandu lain. Sebaliknya pemandu samseng akan disumpah-seranah oleh pemandu lain. 
5. Berhenti rehat seandainya penat dan mengantuk
Jangan paksa diri memandu seandainya terasa mengantuk semata-mata mahu sampai cepat ke destinasi. Cari mana-mana hentian rehat atau stesen minyak untuk berehat. Memandangkan bulan puasa, bagi yang balik pada siang hari, basuh muka anda agar segar semula. Manakala yang balik malam, berhenti untuk minum kopi dahulu. 
Share:

10 kursus Universiti yang diberi jaminan pekerjaan

TIDAK dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.
Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?
Oleh itu, bakal-bakal siswa perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka.
Mari kita baca senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti:
1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)
Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.
Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.
2. Sains Veterinar (85.3%)
Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.
Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.
3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)
Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.
Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.
4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)
Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.
Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.
5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)
Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.
Prospek kerjaya:  Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.
6. Sains komputer (59.1%)
Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.
Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.
7. Pendidikan (59.1%)
Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.
Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.
8. Pengajian perniagaan (49%)
Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.
Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.
9. Sains matematik (47.1%)
Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.
Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.
10. Pengajian sosial (44.9%)
Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.
Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.
Share:

Kerana hanya cemburui terbakar badan


Pengantin baharu dibakar suami
Polis menyiasat tempat kejadian di rumah keluarga suami seorang wanita yang dibakar, semalam.
KANGAR - Pada masa mereka sepatutnya menikmati hidup bahagia berbulan madu,   sepasang suami isteri yang baharu seminggu berkahwin sebaliknya sering bertengkar.

Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain.
Pagi semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga dia dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu.
  
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang Machang di sini,  kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
 
“Pada masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu terbakar di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya.
  
Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang penganggur  berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api.
 
“Namun api turut menyambar kaki dan tangannya  mengakibatkan dia sendiri turut mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus," katanya.
 
Menurut Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan bahagian pinggang dan kakinya terbakar.
 
Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan bomba dan penyelamat.
 
“Mangsa dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital Tuanku Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan.
 
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.
 
Nenek mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23 semalam.
 
Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan.

Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.
 
“Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang terbakar.

“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih.
Share:

Gempar! Apa yang terkandung dalam mee memang tak diduga!

"Buah pinggang & mee "
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
0za5

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.  anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
Terdapat 10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? 
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
v4ws
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Share:

Takut masalah leher berlaku? Mari lihat cara² untuk menghindarinya

Dagu Berlapis
Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Elak Dagu Berlapis

Dagu yang runcing menambah saham wanita, membuatkan penampilan wajah tampak sempurna. Ya, agak ramai wanita yang berlumba-lumba mahu memiliki bentuk dagu yang menawan.
Dagu Berlapis
Ada yang sanggup melakukan suntikan dan pembedahan plastik semata-mata mahu memastikan dagu tidak berlapis. Sebenarnya tak perlu melakukan prosedur kosmetik, cukup sekadar amalkan tip ini...


1. Jangan Tidur Siang
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.


2. Urutan
Lakukan urutan wajah setiap hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.
Dagu Berlapis


3. Jaga Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.


4. Masker Putih Telur

Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.


5. Senaman Wajah
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.


6. Ketawa/ Berbicara
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu anda runcing. 
Share:

Tahukah anda tentang rokok dan ubat nyamuk

ASAP LINGKARAN UBAT NYAMUK DAN KESAN MUDARAT
Asap pembakaran bagi sekeping lingkaran ubat nyamuk menyamai 100 batang rokok ! Ini tentunya akan menimbulkan bahaya serius bagi yang menghidunya, terutamanya bagi anak-anak.
Asap Lingkaran

"Tidak banyak orang yang tahu tentang hal ini, tetapi kerosakan terhadap paru-paru akibat sekeping linkaran ubat nyamuk sama dengan kerosakan akibat 100 batang rokok. Ini menurut sebuah kajian terbaru yang dilakukan di Malaysia," kata Pengarah Chest Research Foundation, Sandeep Salvi seperti dikutip dari Times of India.

Salvi menyedari kurangnya kesedaran tentang kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia. Tanpa menyudutkan faktor budaya penggunaan lingkaran ubat nyamuk di Asia, Salvi mengatakan bahawa pencemaran udara dalam bilik juga berisiko terhadap kesihatan.
"Di samping pencemaran kenderaan yang merupakan perhatian utama bagi alam sekitar, peningkatan kes gangguan genetik juga mempunyai banyak hubungannya dengan pencemaran udara," kata Sanjeev Bagai, pegawai Rumah Sakit Batra.
Asap Lingkaran
Lingkaran ubat nyamuk yang paling banyak digunakan oleh masyarakat Nusantara adalah ubat nyamuk jenis lingkaran. Namun kajian terbaru menemukan bahawa asap dari sekeping lingkaran ubat nyamuk sama bahayanya dengan 100 batang rokok.
Sandeep menyampaikan hal tersebut ketika persidangan 'Air Pollution and Our Health' yang dianjurkan oleh Centre for Science and Environment (CSE) bersama dengan Indian Council for Medical Research dan Indian Medical Association.

Di dalam satu batang rokok terkandung lebih dari 4.000 bahan kimia racun (toksik) dan 43 unsur penyebab kanser (karsinogenik). Asap rokok yang dihidu mengandung zat-zat berbahaya contohnya tar, karbon monoksida, hidrogen sianid, logam berat dan radikal bebas. Masing-masing zat tersebut merosak tubuh dengan cara yang berbeza.

Bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam asap rokok yang dapat merosak paru-paru antara lain hidrokarbon, nitrik oksida, asam organik, fenol dan bahan-bahan oksidasi. Radikal bebas merupakan bahan kimia sangat reaktif yang dapat menyebabkan kerosakan otot jantung dan pembuluh darah.

Bau asap rokok yang susah hilang juga disebabkan asap rokok yang terhasil dari rantai molekul yang panjang, sehingga memerlukan waktu yang lama serta sukar untuk dihilangkan terutama pada kain. Selain itu asap rokok yang dihasilkan umumnya mengandung banyak hasil sisa.

Sayangnya, masyarakat menengah ke bawah termasuk beberapa negara lainnya paling banyak menggunakan lingkaran pembakar anti nyamuk lantaran harganya yang murah dipasaran. Tapi harus juga diperhatikan cara menggunakannya, jangan sampai malah mengganggu sistem pernafasan," jelas Dr Rita Kusriastuti, Pengarah Pengendalian Penyakit Bersumber Vektor Jangkitan (Dit P2B2), Ditjen PP dan PL Kemenkes,.

Dr. Rita memberi cadangan cara yang selamat untuk menggunakan lingkaran ubat nyamuk, antara lain:
  • -Ruangan harus ada pengudaraan dan pengedaran yang optimum serta  lancar.
  • -Diletakkan di bawah tempat tidur kerana sasarannya adalah nyamuk dan  bukannya manusia sebagai pengguna.
  • -Diletakkan selari dengan arah aliran udara sehingga tidak mengganggu  pernafasan.
  • -Letakkan lingkaran ubat nyamuk dengan jarak paling dekat 1.5 meter dari  manusia.
  • -Bagi yang mengidap gangguan asma, maka sebaiknya gunakan lingkaran ubat nyamuk waktu petang sebelum masuk bilik tidur. Bawa ianya keluar ketika anda akan tidur sehingga tidak mengganggu pernafasan.
Share:

Tuesday 28 June 2016

Masihkah korang masih ingat cara² membasuh tangan yang benar??



Berikut adalah 7 langkah mencuci tangan dengan cara yang betul
1. Basahkan rata permukaan kedua-dua tapak tangan dengan air yang mengalir
2. Sabunkan sehingga berbuih menggunakan sabun antiseptik biasa atau cecair
3. Usapkan kedua-dua tapak tangan sehingga sabun benar-benar rata ke seluruh permukaan tapak tangan
4. Ratakan juga sabun di celah2 jari
5. Bersihkan kuku jari dengan menggaru-garu jari ke tapak tangan
6. Bilaskan tangan dengan air yang mengalir sehingga hilang semua sabun tadi
7. Akhir sekali lap tangan menggunakan tuala atau tisu sehingga kering
*lakukan langkah-langkah diatas sekurang-kurangnya selama 20 saat
Wabak penyakit berjangkit agak membimbangkan akhir2 ni, walaupun Malaysia tidak terkesan serteruk negara2 lain, kita tidak boleh memandang enteng akan hal ini, terbaru Malaysia disahkan bebas sepenuhnya dari wabak H1N1 namun pelbagai langkah diambil kerajaan agar wabak ini tidak lagi menular di negara kita, antara langkah mudah yang boleh diamalkan agar sedikit sebanyak mengimun badan kita dari wabak2 sebegini adalah dengan mencuci tangan dengan sabun antiseptik
selamat mencuba!
Share:

Mari kenali kucing antara jadi tarikan penggemar kucing beserta harga dlm RM

Nama kucing serta harga bagi Ringgit Malaysia
Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.
Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.
Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para  penggemar kucing.
8. Maine Coon( RM1K-5K)
Imej dari nyonyalim.com
Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini  mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

7. Scottish Fold (RM1K-8K)
Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang  jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain.

6. Russian Blue (RM5K-15K)
Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif. Kucing ini juga mudah  berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

5. Sphynx (RM3K-20K)
Imej dariexpatads.com
Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada.
Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki  tubuh badan yang kuat dan sehat.

4. PeterBald( 7k- 30k)
Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

3. Persian (1K-35K)
Imej dari malaysiacatclub.com
Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

2. Bengal Cat (5k- 50k)
Imej dari expatads.com
Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.


1. Savannah Cat (30k-200k)
Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank.  Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.
Share:

Rumah anda banyak lipas? Sini ada cara² untuk lipas tersebut.

Lipas Jerman
"Lipas"


Seperti mana yang kita tahu kita telah diterangkan maklumat berkenaan lipas dan mengapa ia amat penting untuk dikawal.

Terdapat dua pilihan untuk mengawal lipas di rumah kita:

  1. Samada kita melakukannya sendiri ataupun,
  2. Menggunakan perkhidmatan syarikat kawalan serangga perosak berlesen.

Cara yang paling jimat untuk mengawal lipas adalah dengan melakukannya sendiri.

Anda boleh kawal sendiri dengan menggunakan beberapa teknik yang akan saya terangkan sebentar lagi di bawah. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita teliti terlebih dahulu sebelum kita dapat melakukannya.

Ambil Perhatian sebelum mengawal lipas di rumah

  • Perkara paling utama ialah memperuntukan masa sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi melaksanakan rawatan. Kebanyakan kita terutamanya yang tinggal di kawasan bandar tidak mempunyai masa hasil dari kesibukan bekerja. Jika adapun kita lebih selesa menggunakannya untuk bersantai bersama keluarga atau berehat.
  • Bagi yang mempunyai masa pula perkara yang perlu diambil perhatian ialah pengetahuan mengenai teknik-teknik kawalan dan sedikit maklumat tentang racun serangga dan cara menggunakannya dengan selamat. Racun walau seringan manapun adalah tetap racun dan berupaya memudaratkan kita, oleh itu pengetahuan mengenainya perlu diberi perhatian dengan serius agar sebarang kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Kebersihan adalah aspek penting kawalan lipas

Bagaimana mengawal lipas

Bagi mereka yang mempunyai masa dan berminat untuk melakukan sendiri kawalan lipas di rumah, saya akan terangkan cara mudah untuk mengawal serangan lipas dengan menggunakan teknik yang mudah dan berkesan dengan bahan-bahan mudah didapati di pasaraya.

Perkara paling asas dalam kawalan serangga perosak adalah bermula dengan melakukan pemantauan atau pemeriksaan terhadap tahap serangan serangga tersebut di rumah anda.

Pastikan rekahan di kawasan dapur dibaiki
Lipas ialah serangga yang hanya keluar pada waktu malam, jadi jangan sangka jika anda tidak melihat kelibat lipas di waktu siang menandakan rumah anda bebas dari serangan lipas.

Buat pemeriksaan tahap serangan lipas

Untuk mengetahui samada rumah anda ada lipas ataupun tidak, anda boleh cuba melihat dapur rumah anda pada waktu malam dengan pastikan semua lampu rumah ditutup selama lebih kurang setengah jam.

Dengan menggunakan lampu suluh, anda boleh memeriksa keadaan dapur rumah anda di tempat-tempat tersembunyi seperti di bawah singki, di sekitar tong sampah, di lantai dapur dan juga tempat menyimpan barangan makanan kering.

Tabiat lipas suka bahagian atas atau tepi badannya menyentuh sesuatu ketika berjalan atau menyorok
Kebiasaannya lipas yang biasa menghuni rumah kita terdiri daripada Lipas Amerika yang bersaiz besar dan berbau busuk.

Lipas jenis ini biasanya menyorok di celah-celah rekahan longkang, di dalam saluran corong air dari singki dan juga di sekeliling tangki septik najis, maka tidak hairanlah ia berbau busuk.

Terdapat juga satu lagi jenis lipas yang dinamakan Lipas Jerman yang saiznya lebih kecil daripada Lipas Amerika yang kebiasaannya menyerang restoran dan juga hotel-hotel. Kadangkala lipas Jerman ini juga menyerang rumah walupun ia jarang berlaku.

Aerosol untuk lipas biasanya dalam Kelas IV bagi tahap keracunannya

Menggunakan perangkap lipas

Satu lagi cara mudah untuk mengetahui tahap serangan lipas di rumah anda ialah dengan memasang perangkap bergam yang diletakkan di kawasan yang saya sebutkan di atas tadi. Perangkap lipas bergam ada banyak dijual di pasaraya-pasaraya besar.

Pastikan anda memasang perangkap bergam lipas tadi pada dinding atau lantai berhampiran penjuru antara lantai dan dinding. Begitu juga jika anda memasangnya di dalam almari, kawasan bucu adalah kawasan yang lebih digemari oleh lipas daripada kawasan lapang yang terdedah.

Ini adalah tabiat lipas yang lebih selesa merayap dengan memastikan sama ada bahagian atas atau bahagian tepi badannya menyentuhnya sesuatu.

Satu atau dua hari adalah mencukupi untuk mengenal pasti tahap serangan lipas di rumah anda setelah kita memasangnya pada tempat yang strategik dan melihat hasilnya pada keesokkan harinya.

Jika terdapat banyak lipas yang terperangkap bermakna rumah anda berada di tahap yang serius dengan serangan lipas dan anda perlu melakukan strategi yang seperti di bawah.

Rekahan pada pintu dapur memberi ruang
pada lipas untuk menyorok dan membiak

Mengawal lipas dengan Kebersihan

Kebersihan adalah aspek yang paling utama dalam mengawal apa-apa sahaja serangga perosak terutamanya serangga pembawa penyakit seperti lipas ini. Lipas sebenarnya berkongsi makanan dengan kita manusia, hampir apa sahaja yang dimakan manusia merupakan makanan lipas.

Dengan memastikan rumah kita bebas dari sisa-sisa makanan yang bertaburan di tempat-tempat tersembunyi, kita sekali gus menafikan makanan untuk lipas. Ini dapat membantu mengurangkan kehadiran lipas di dalam rumah kita yang tiada makanan untuk lipas.

Bersihkan semua sisa makanan

Cara terbaik bagi membersihkan sisa-sisa makanan dari terbiar di tempat-tempat tersembunyi dan terlindung ialah dengan menggunakan alat penyedut habuk. Pastikan kita mnyedut segala sisa yang terlekat di celah-celah dapur, lantai dan pada rekahan.

Kebersihan juga bermakna memastikan rumah kita sentiasa berada dalam keadaan kering. Kawasan serangan lipas seperti di dapur haruslah sentiasa dilap selepas digunakan terutamanya di sebelah malam. kawasan yang kering dan bersih dari sisa makanan tidak disukai oleh lipas.

Aspek kebersihan perlu ditekankan walaupun anda menggunakan perkhidmatan kawalan serangga perosak profesional kerana penggunaan racun serangga sahaja dalam mengawal lipas tidaklah sempurna jika tidak didahului dengan penjagaan kebersihan.

Tutup semua rekahan

Langkah jangka panjang dalam mengawal lipas  daripada membiak dirumah anda ialah dengan memastikan segala rekahan dan lubang ditutup dengan bahan-bahan yang sesuai.

Sebagai contoh jika rumah anda mempunyai kabinet yang dipasang pada dinding pastikan setiap hujung pertemuan kabinet dengan lantai atau dinding ditutup dengan menggunakan silikon sehingga tiada ruang untuk lipas masuk dan menjadikan tempat membiak atau menyorok di dalamnya.

Begitu juga jika kebiasannya lipas masuk ke rumah anda dari kawasan longkang diluar rumah terutamanya pada belakang daput, anda perlu menutup ruang-ruang yang membenarkan lipas merayap masuk.

Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan gam yang melekat pada celahan di kawasan luar yang akan memerangkap lipas yang merayap masuk dari luar melalui celahan tersebut.

Kawal lipas dengan alat elektronik

Terdapat banyak barangan elektrikal atau mekanikal yang dijual di pasaran yang didakwa mampu mengawal lipas. Ini termasuklah yang menggunakan elektromagnetik, sonik dan juga ultrasonik, mikrovibrational dan juga elektromekanikal yang didakwa berkesan menghalau lipas.

Sehingga kini masih tiada bukti saintifik yang menyokong segala dakwaan tersebut. Anda di nasihatkan agar berhati-hati dengan segala dakwaan itu bagi mengelakkan pembaziran.

Kawalan lipas semula jadi

Untuk pengetahuan anda terdapat serangga yang secara semulajadinya berguna untuk mengawal pembiakan lipas. Sejenis serangga yang kita namakan "angkut-angkut" atau "wasp dalam bahasa ingrerisnya menggunakan telur lipas amerika bagi mengeram telurnya.

Larva angkut-angkut ini akan menggunakan telus lipas sebagai bahan makanan mereka untuk membesar dan sekali gus mengawal pemnbiakan lipas. Jadi jika anda menemui sarang angkut-angkut yang dibuat dari tanah pada dinding rumah anda, ia sebenarnya bagus sebagai bahan kawalan biologi bagi mengawal lipas.

Mengawal lipas dengan Racun Lipas

Setelah anda menyesesaikan aspek kebersihan seperti di atas anda perlu gabungkan dengan sedikit penggunaan racun lipas yang boleh didapati di pasaraya.

Terdapat banyak jenama terkenal yang sebelum ini hanya menjual aerosol racun bagi mengawal nyamuk, namun kini aerosol bagi mengawal lipas juga telah banyak terdapat di pasaran.

Gunakan aerosol khas untuk lipas

Pastikan aerosol yang anda beli adalah khas untuk lipas atau semut dan bukan untuk nyamuk. Kebanyakan racun aerosol ini adalah dalam kelas IV tahap merbahaya racun iaitu yang paling ringan dalam kategori racun, namun seperti yang telah saya katakan di atas tadi racun adalah tetap racun, jadi pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaannya sebelum mula menyembur.

Ramai yang tidak membaca arahan aerosol lipas ini menganggap ianya sama seperti aerosol nyamuk yang biasa kita gunakan lalu mereka mula menyembur di udara racun yang diperuntukkan khas untuk lipas. Jika anda meyembur ke udara, ia lansung tidak mendatangkan faedah malah mambazirkan wang anda dan merbahaya.

Cara semburan untuk mengawal lipas

Sebenarnya aerosol untuk lipas ini perlu di sembur pada bucu antara lantai dan dinding rumah anda di mana terdapat tanda-tanda kehadiran lipas. Biasanya ruang kawasan dapur perlu di sembur pada tempat yang saya sebutkan tadi.

Jika kabinet dapur anda mempunyai kaki, anda boleh menyembur aerosol tersebut pada sekeliling kaki kabinet dan juga pada bahagian bucu yang menyentuh dinding. Apabila waktu malam dan lipas merayap pada bahagian tersebut, ia akan keracunan dan anda akan dapati banyak yang bergelimpangan mati keesokan harinya.

Untuk menghalang lipas naik ke atas meja makanan anda, anda perlu pastikan meja tidak bersentuhan dengan dinding. Sembur aerosol di sekeliling kaki meja dan juga pada bucu bawah meja untuk menghalang lipas dari menaiki meja. Dengan berbuat begitu anda juga sebenarnya menghalang semut dari masuk ke kabinet atau meja anda.

Setakat itu sahaja cara mudah dalam mengawal lipas dan juga semut di rumah anda. Selamat mencuba.
Share:

Adnow

loading...

Babab Net-