}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Thursday 31 December 2015

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh. Bahagian ini  dikenali kerana memiliki bahagian yang kompleks dan memiliki banyak lekukan dan lipatan. Namun ada hal menakjubkan dari organ yang selalu dibangga-banggakan ini. Ternyata jika diperhatikan dengan sesama, bahagian otak manusia menyerupai orang yang sedang dalam keadaan sujud saat Solat.

Allah SWT berfirman dalam kalam-Nya dan berkali-kali mengatakan bahawa di setiap makhluk ciptaan-Nya terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya. Seperti dalam A-Qur’an ayat Adz Dzariyat: 20-21 dan QS. Al-Hajj: 18. 



Image result for gambar orang sujud


“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz Dzariyat: 20-21)

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? " [QS. Al-Hajj (22): 18].


Ayat di atas menyatakan bahawa bahagian otak memang seperti orang yang sedang sujud. Ini menjadi tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa setiap ciptaan-Nya sebenarnya selalu menyembah-Nya sebagai bentuk ketaatan.


Hikmah Sujud yang Mempunyai Hubungan dengan Otak 


Pada otak terdapat Prefrontal Cortex yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam perencanaan, organisasi, pengendalian impuls dan belajar dari kesalahan.  Ketika manusia bersujud, posisi jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini. 


Berdasarkan penelitian Seorang Doktor di Amerika, Dr. Fidelma, Ia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak dalam keadaan normal. Namun berdasarkan penelitiannya, darah baru boleh masuk jika manusia dalam keadaan sujud.  Dengan begitu darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex boleh berfungsi optimal dalam mengambil keputusan. 


Itulah salah satu sebab  mengapa solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Kerana pada saat solat dalam keadaan sujud, darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex menerima aliran darah sehingga orang yang solat  boleh membuat keputusan yang lebih bijak, serta bisa berfikir mana yang baik dan buruk. 


Hal ini juga lah yang membuat kenapa solat dapat menenangkan hati ketika sedang stres.  Saat stres hormon adrenalin akan dirembeskan dan kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan. Dalam keadaan ini, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir. Namun ini akan mereda ketika kita melaksanakan  solat.  Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal ini.


Sujud memiliki makna bahawa manusia itu meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini. Hal Ini mengingatkan bahawa dirinya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah. Jika manusia sanggup menempatkan dahinya ditempat yang hina, tentu sahaja manusia tidak akan bersikap sombong terhadap Allah yang menciptakan manusia dari tanah. 


Dalam keadaan ini hati akan merasakan kebesaran Allah dan ketika itulah manusia dalam hatinya selalu ingin mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang dengan mengucapkan, “Subhana Rabbial-A’la wa-Bihamdih”. Semoga informasi ini menjadi tambahan ilmu baru bagi anda dan terima kasih sudah membaca.
Share:

Adnow

loading...

Babab Net-