}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Sunday 31 July 2016

Wah sangat menarik sehingga mamat ini ingin terus menetap di



24 Perkara Ini Membuatkan Saya Mahu Terus Menetap Di Jepun !!! “Nak duduk di Jepun sampai bila? Apa plan selepas grad? Nak kerja di mana? Baliklah cepat!”
2
Itulah soalan yang ditanya oleh kenalan. Bila saya jawab tak nak balik Malaysia dan mahu terus menetap di Jepun atas alasan nikmatnya tidak terhingga di negara matahari terbit ini, ramai yang menuduh saya lupa daratan, tidak rindukan keluarga, lupakan kawan, bajet dah jadi orang Jepun, duduk di negara maju sampai tak pandai kampung dan sebagainya.


Biarlah saya berterus terangan. Jujur saya memang tiada jawapan untuk sindiran-sindiran ini. Cuma mahu mengajak anda semua berkhayal seketika.
Cuba bayangkan apa perasaan anda kalau kehidupan anda saban hari seperti di bawah:
  1. Setiap kali pergi membeli belah, anda akan disambut dengan kata-kata ‘Selamat Datang, “Terima kasih kerana datang”, berserta dengan senyuman.
  2. Setiap kali sudah membeli belah walaupun sebiji gula-gula, anda aan dihargai dengan kata-kata “terima kasih sila datang lagi,” bermula dari pekerja di kaunter, pengemop lantai sehinggalah tukang buang sampah di luar kedai.
  3. Anda bawa sekeping RM100 ke kedai runcit mahu membeli aiskrim sebatang. Bila nak bayar, anda tidak perlu risau disuruh oleh jururawang pergi ‘pecahkan’ duit itu dulu di tempat lain atau risau juruwang buat muka sebab menyusahkan dia nak memberi baki yang banyak. Anda boleh bayar aiskrim 50 sen itu dengan sekeping RM100. Siap bayar, juruwang siap ucapkan terima kasih dan senyum pada nada.
  4. Kalau anda sedang beratur ada urusan atau membeli belah, anda tidak perlu risau langsung barisan akan dipotong. Begitu juga semasa tengah beratur di jalan raya yang sesak. Tidak akan ada pemandu yang terencat kononnya dia seorang sajalah yang nak sampai cepat sehingga menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan.
  5. Setiap kali ada orang buat kesilapan walau sekecil mana pun, dia akan terus meminta maaf dengan menundukkan badan dan kepalanya. Padahal kesilapan yang berlaku adalah berpunca dari kita.
  6. Pintu rumah anda tidak perlukan geriji, tidak perlu kunci, apatah lagi CCTV. Anda boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan dua atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun.
  7. Setiap kali anda berjanji dengan orang sekeliling, anda tidak perlu kalkulator untuk mencongak waktu nak sampai sama ada lewat sejam atau sejam selepas waktu yang dijanjikan itu sebab mereka memang akan sampai tepat pada masanya. Kadar kelewatan pun serendah 0.000001 saat.
  8. Anda tidak perlu lagi memikir tentnag masa setiap kali nak keluar dating dengan awek kalau naik pengangkutan awam sebab servis memang akan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.
  9. Anda boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah sekali pun dengan hanya menaiki train.
  10. Anda mahu membuat sampah, tetapi tong sampah tiada. Sampah disekeliling pun tiada, jadi anda akan berasa segan untuk membuang sampah merata-rata dan secara automatiknya persekitaran anda juga akan menjadi bersih dan terjaga.
  11. Di jalan raya, semasa anda sedang memandu, tiap kali ada kereta dari jalan lain nak masuk depan  dan bila anda memberi laluan, pemandu itu akan menyalakan lampu isyarat kecemasan sebagai tanda berterima kasih.
  12. Setiap kali anda berada di satu simpang nak keluar ke jalan lain, anda tidak perlu tergesa-gesa menekan pedal minyak untuk cepat kerana sekejap sahaja ada kereta yang beri anda masuk ke lorong mereka sebagai tanda mereka adalah masyarakat yang prihatin dan suka mengalah.
  13. Anda masuklah ke mana-mana tandas awam pun, ianya sangat bersih, sehingga anda sendiri keliru, apakah itu tandas atau surau?
  14. Setiap kali mengidam mahu membeli sesuatu, anda boleh goyang kaki dalam bilik. Boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran.
  15. Anda tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk membayar bil-bil rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak pergi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka (7 Eleven, KK Supermate) semuanya boleh diselesaikan di situ.
  16. Anda boleh tenang saja jika barang berharga seperti dompet anda tercicir. Tidak perlu risau sangat kerana peluang untuk anda berjumpa balik di tempat terjatuh atau balai polis itu adalah tinggi.
  17. Anda pegang duit banyak-banyak dalam dompet, pakai dan bawa banyak gajet atau perhiasan mahal dengan selamba saja ke sana sini tanpa perlu risau dihukum.
  18. Anda boleh keluar jalan seorang diri di tengah malam buta untuk tenangkan fikiran semasa putus cinta tanpa fikir panjang soal keselamatan dari perogol, penyangak, penjenayah, pembunuh ataupun peliwat.
  19. Anda bebas melakukan apa saja jua aktiviti/perkara pelik di tempat awam tanpa risau aksi akan akan dirakam oleh orang lain dan diviralkan di Facebook kerana masyarakat sekeliling anda bukan keyboard warrior dan memang jenis yang tidak hiraukan orang lain.
  20. Bagi bikers yang memiliki helmet mahal seperti Shoei, Arai, Barai ke, anda tidak perlu susah-susah anak ke sana sini helmet itu takut hilang dicuri. Letak saja di atas motosikal dan tinggalkan berpuluh-puluh tahun pun, nescaya helmet tidak akan berganjak dari tempat asal.
  21. Anda tidak perlu risau terkena darah tinggi kerana tekanan perasaan jika bermain gambar online akan menyebabkan internet sangat laju selaju jet snack Apollo tidak kira celah semak mana anda duduk.
  22. Juga tidak perlu risau kena darah tinggi dan tertekan bila tengok gelagat menteri anda sebab mereka memang hati bersih bagaikan air yang jernih di dalam bekas yang berdebu.
  23. Anda bebas berselfie tanpa dikecam.
  24. Akhir sekali, bayangkan anda dapat menjadi orang yang paling power bahasa inggeris, walaupun subjek English (SPM) anda dulu gagal teruk E+. Beza nasi dengan nation pun tak tahu, tapi andalah paling hebat sekali. Perasaan ini yang paling win.
Itu baru seidkit, nak gambarkan semua situasi memang tak akan habis ditulis. Pernah ada yang kata saya orang Malaysia yang tidak mahu balik dan memilih untuk duduk lama di tempat orang ini, kerana sudah lupakan asal usul sendiri atau alasan lain yang masuk akal sikit sebab nak menikmati keseronokan 4 musim.
Sebenarnya pada saya, bukanlah benda itu yang membuatkan kami sebagai perantau tak mahu balik ke Malaysia, tetapi segala-galanya soal keamanan, kesejahteraan dan kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian.
Kalau di Malaysia sekarang, situasi sangat tenat terutamanya politik, ekonomi, jenayah. Tidak hairanlah mereka-mereka ini nak kena halau dulu baru pandai balik.
Saya diberikan pilihan untuk memilih mahu menetap selama yang boleh di negara matahari terbit ini bukan sebab saya tidak merindui Malaysia. Bukan juga sebab tidak rindukan keluarga, bukan sebab melupakan sahabat. Tetapi sebab hidup di tanah air sendiri sekarang ibarat warga asing yang dianaktirikan oleh kerajaan.
Sangat membebankan, bermacam-macam masalah. Pun begitu, saya terpaksa balik juga tahun depan. Malaysia pada saya walaupun empat musim, jika kehidupannya seharmoni sewaktu saya kecil dahulu, pemimpinnya yang sepanjang Tun Dr Mahathir memerintah dulu, pastinya lebih indah didiami berbanding Jepun, tanah yang saya pijak sekarang. – Onesy Kun
Share:

Terkini! Minyak untuk bulan Ogos

Harga RON95 dan RON97 untuk bulan Ogos dikekalkan tetapi diesel naik 10 sen seliter.
Dengan kenaikan itu, harga runcit diesel ialah RM1.70 sen seliter.
Harga RON95 dan RON97 masing-masing masih RM1.75 seliter dan harga RON97 termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan RM2.10, menurut Kementerian Kewangan di sini.
Malaysia melaksanakan sistem apungan dalam menentukan harga petrol dan diesel sejak 1 Disember tahun lalu.
Sumber: MalaysiaGazette
Share:

Gempar Ramai yang tidak tahu tentang Dato Seri Vida yang...


Siapa yang tak kenal dengan Dato Seri Vida. Memang popular dengan produk Pamoga dan juga Qu Puteh.
Ini sedikit cerita tentang Dato Seri Vida sebelum berjaya menjadi jutawan.
v


KEMATIAN AYAH
Dato Vida berasal dari Kelantan. Dia dilahirkan di Machang di dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.
Kematian bapanya mengubah segala-gala. keluarga mula hilang punca pendapatan.
“Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.
“Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.
“Ini kerana saya selalu fikir sampai bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu,”
TERPAKSA JUAL TANAH
Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.
“Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.
“Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.
“Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken,”
Dato Vida tidak malu mengaku dia berkerja secara part time untuk mencari duit saku ketika belajar.
GELISAH TAK BOLEH BERNIAGA
Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
“Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh,”
MEMBERONTAK
Keinginan mencuba karier yang lebih mencabar, Dato Vida memberontak dan akhirnya memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.
Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.
Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).
MULA PROMOSI
Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.
Namun dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan akibat tersilap membuat pengiklanan.
“Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.
“Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
“Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota,”
BISNES MELONJAK
Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.
Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.
“Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan,”
Dato Vida kini menaja beberapa rumah anak yatim dan juga tahfiz.
KEMATIAN ANAK
Emosi sedih Hasmiza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.
Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan 8 tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.
Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
“Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.
“Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti,”
Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.
Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.
“Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan,” luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya.
Sumber- MalaysiaGazette

Share:

Panas! Ayda Jebat yang ramai belum tahu yang mempunyai...


Siapa yang tidak kenal Ayda Jebat  yang kini telah menjadi artis yang popular di Malaysia ini tambahan lagi di hati peminat. Lebih-lebih lagi bila baru-baru ini berjaya meraih 5 Anugerah MeleTOP Era sekaligus melonjak lagi namanya untuk dikenali ramai.

BtMeveICMAEZNan
Mempunyai penyokong dan peminat yang ramai, Ayda Jebat memiliki kekuatan tersendiri untuk terus bersinar di pentas hiburan. Bukan setakat memiliki rupa paras yang cantik dan comel, setiap apa yang dilakukannya mendapat respon positif daripada peminat walaupun mungkin ada sebilangan yang tidak menggemarinya.
Selongkar punya selongkar ternampak satu gambar bersih lagi suci dari Instagram miliknya.Dikhabarkan, gambar itu diambil sewaktu masih di zaman persekolahan, tingkatan 3
Ayda%2BJebat%2BF3-1
Nampak tak muka dari muda sehingga kini yang agak berusia masih maintan comel. Haha. Tapi kan kalau tengok Ayda Jebat ni dengan berhijab memang manis ayu sangat kan.

Share:

Saturday 30 July 2016

panas! Nama sebenar Aaron Aziz sudah terbongkar

Sumber : biskutmanis
Panas! Siapa Nama Sebenar Aaron Aziz| Bagaimana hendak tahu selebriti itu sudah terlalu popular? Bila dah telalu popular, kad pengenalan artis itu pun akan menjadi bahan perhatian para peminat dan juga bukan peminat. Kes terbaru, Aaron Aziz yang kad pengenalan Singapura beliau telah menjadi bahan perhatian di forum hiburan terkenal, Cari.mydan reaksi yang diberikan agak berbeza.
Menurut maklumat dalam gambar yang didakwa kad pengenalan Aaron Aziz itu, nama sebenar beliau adalah Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa dan ini sedikit sebanyak mencetuskan debat. Ada antara mereka mempersoal tindakan Aaron Aziz menyembunyikan nama sebenar & tidak kurang juga yang menyokong tindakan pelakon hangat ini. Persoalan sebenar, adakah gambar kad pengenalan Aaron Aziz ini tulen atau fabrikasi?

Melayukini.net – Tak kisah la mana-mana pun. Yang penting lakonan Aaron Aziz memang mantap. Ala Erra Fazira pun guna bukan nama sebenar, rilek je. Memang kebanyakkan artis kat Malaysia ni pun menggunakan nama samaran bagi tujuan publisiti. Tak salah pun.

10628423_739846339468584_7033895542163711874_n

Share:

Masalah pijat? dengan cara ini dapat menghapuskan pijat di rumah anda

ASSALAMU'ALAIKUM


Kenal apa itu pepijat?

Bagi sesiapa yang pernah ada pengalaman, hubungan permusuhan dengan serangga ni, memang sangatallergic dengan perkataan pepijat ye termasuklah aku...
Hampir setahun bergelumang tidur bersama dengan serangga ni, buntu habis alternatif dah cuba untuk menghapuskan serangga durjana ini!
Dari tradisional sampailah ke moden, murah ke mahal...kenapa liat sangat nak mati wahai binatang!

Habis seluruh badan kami sekeluarga berparut, kualiti tidur pun terganggu.

Aku dah tak sanggup nak Google contoh gambar-gambar lain...sesiapa yang baca entri ni mesti lebih memahami perasaan aku tu ye...

Salah silah pepijat bagi sesiapa yang masih dalam pencarian. Meh aku bagi sesi ice breaking dengan teman tidur ampa nih...



Sekali bertelur, sangat banyak, dan cepat pula menetasnya.
Ambil masa antara seminggu untuk menetas dan makanan pertama tak perlu susu badan tetapi hanya darah manusia yang setia tidur bersamanya. Hadehhh~

Serius geli gila aku Google gambar pepijat nih...atau dalam bahasa Inggerisnya, Bed Bug.

In first stage larva, anda akan mendapati diri anda sangat sukar untuk melihatnya. Sedar-sedar dah gatal seluruh badan! Itu tandanya anda baru saja menderma darah kepada BB lebih kurang 10-15 minit sebelum. Tahniah! Proses menderma darah anda tidak perlukan apa-apaprecaution untuk anda pengsan atau sebagainya sebab BB lebih prihatin menghisap darah anda ketika anda tidur!

Awalnya memang aku sangat geli tengok depan mata, tapi sejak-sejak terlalu sangat sakit hati, aku picit pepijat tu with my naked hand macam tu ja. Cara bunuh pepijat ni bukan sekadar tekan sahaja, sebab pepijat ni sangat bijak, sekali anda picit dia terus akan kaku supaya anda fikir dia telahpun mati. Sebenarnya dia masih belum mati melainkan anda picit dan dengar bunyi 'pop'. Perutnya pecah!

Dari petua menggunakan daun durian belanda, baygon (racun serangga warna hijau), racun serangga pepijat berharga RM50, semuanya tidak mendatangkan hasil.

Sudahnya yang paling berkesan adalahBio-D Non-Toxic Bed Bug! Ekstrak dari tomato liar.


Sumber: Faraada
Share:

Asyik berbabab.net saja, tahukan sejarah babab.net?




babab.net
babab.net


Sejarah sepanjang membangunkan aggregator ini bermula pada tahun 2009 telah beberapa kali menaik taraf sistem iaitu daripada wcrayon.com,ping.busuk.orgbusuk.orgpingbusuk.orgdan kini babab.net boleh dikatakan aggregator site ini adalah yang paling lama bertahan di malaysia.

babab.net
sejarah perjalanan aggregator site ini

Punca ping busuk bertukar kepada Babab.net 


Pertukarannya untuk perkhidmatan yang lebih baik serta memuaskan kepada user. Menurut admin aggregator site ini.
  • Sistem ping busuk sudah tidak relevan untuk digunakan oleh orang ramai.
  • Sistem baru aggregator babab.net ini menggunakan sistem back-endyang boleh dikatakan 100% baru dan lebih pantas.
  • Bagi tujuan menaik taraf sistem sedia ada. 
  • Kebanyak admin sudah semakin berumur dan banyak komitmen lain untuk diuruskan. 


Sebelum ini ping busuk pernah dikritik kerana mengambil kesempatan ke atas blogger  blogger dengan mengambil feed user dengan sewenang-wenang dengan niat untuk memenangi keyword SEO di enjin carian iaitu SERP.  pihak ping busuk menafikan hal tersebut kerana mereka hanya  fetch feed dari user yang menggunakan widget ataupun bannerping busuk. Masa berlalu, nampaknya ini adalah salah satu usaha penambahbaikan oleh Ping busuk sebelum ini.


kelebihan babab.net berbanding ping busuk 

Amsran.Com adalah user ping busuk sejak daripada mula-mula ping busuk dibangunkan lagi. Kelebihan jadi user ping busuk bukan sahaja boleh berkongsi maklumat semasa ia juga, memainkan peranan membantu blogger mendapatkan backlink kepada dan seteruskan meningkatkan trafik ketika itu. Namun, apabila babab.net dibangunkan perkongsian backlink dan terafik dikatakan meningkat kerana sistem yang lebih pantas dan baru...Sistem baru aggregator babab.net telah bermula pada 12 Mei 2015 (isnin) sebab saya berani kata ini, boleh dikatakan setiap hari akan melawat laman utama ping busuk untuk melihat dan seterusnya membaca perkongsian isu semasa yang hangat.. namun pada pada isnin tersebut.. ping busuk sudah tidak wujud yang ada hanya babab.net yang perkongsiannya pun lebih kurang dan lebih menarik untuk di baca.

Sumber: amsran85
Share:

Tip menghilangkan parut dengan pantas disertakan dengan gambar

[GAMBAR] 19 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

menghilangkan parut jerawat
Jerawat boleh menjadi satu keadaan kulit yang menyakitkan dan memalukan dan parut yang ditinggalkan ialah satu peringatan yang tidak dialu-alukan. Walaupun kebanyakan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, ada perkara-perkara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu mempercepatkan proses dan mengelakkan hiperpigmentasi yang selanjutnya.
Secara realistiknya, anda tidak akan dapat menghilangkan parut jerawat dalam satu malam tetapi remedi-remedi, produk, rawatan dan petua-petua penjagaan kulit yang digariskan di bawah pastinya akan menghasilkan perbezaan ketara selepas beberapa waktu. Anda hanya perlu mencari kaedah yang betul dan sesuai untuk jenis kulit anda.

Kaedah 1 dari 3: Menggunakan Remedi Semula Jadi

Bagaimana Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat 1

1. Gunakan jus lemon segar

Jus lemon mempunyai ciri-ciri pelunturan kulit semula jadi dan boleh membantu memudarkan parut jerawat anda dengan berkesan. Hanya campurkan jus lemon dan air dalam sukatan yang sama banyak dan sapukan cecair ini terus ke atas parut anda namun elakkan bahagian kulit di sekitarnya. Basuh kesan jus lemon selepas 15 hingga 20 minit atau anda boleh meninggalkan jus tersebut di atas kulit semalaman sebagai masker.
Kaedah ini tidak disyorkan bagi tujuan memudarkan parut jerawat kerana jus lemon mempunyai nilai pH 2 dan pH kulit ialah di antara 4.0 hingga 7.0. Jika ditinggalkan terlalu lama atau tidak dicairkan, ia boleh membawa kepada kesan melecur daripada bahan kimia yang teruk. Jus sitrus mengandungi bahan kimia yang dipanggil bergapten yang melekat pada DNA dan membenarkan radiasi UV untuk lebih mudah merosakkan kulit.
  • Lembapkan kulit muka dengan segera selepas membasuh bahagian yang disapu jus itu kerana asid sitrik dalam lemon boleh mengeringkan kulit.
  • Jus limau nipis yang mengandungi asid sitrik boleh juga digunakan menggantikan lemon tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.

2. Kelupas menggunakan soda penaik.

hilangkan bekas jerawat - Kelupas menggunakan soda penaik.
  • Anda juga boleh menggunakan pes soda penaik sebagai rawatan setempat, dengan menyapu terus ke kawasan kulit yang berparut dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit sebelum membilasnya bersih.
Soda penaik boleh digunakan untuk mengelupas kulit dan memudarkan parut jerawat. Apa yang anda perlu lakukan ialah campurkan satu sudu teh soda penaik dengan dua sudu teh air untuk menghasilkan pes yang cair. Sapukan pes ini ke seluruh muka anda dan buat gerakan membulat secara lembut untuk menggosok soda penaik pada kulit, fokuskan pada kawasan berparut, selama lebih kurang dua minit. Bilas dengan air suam dan lapkan kulit sehingga kering.
Ini bukanlah kaedah yang disyorkan untuk rawatan dan untuk menghilangkan parut jerawat atau jerawat yang sedang tumbuh. pH soda penaik ialah 7.0 yang mana ia terlalu asas untuk pH kulit. pH kulit yang optimum ialah di antara 4.7 dan 5.5 yang merupakan persekitaran tidak sesuai untuk p. acne (bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan kebanyakan jerawat). Dengan meninggikan pH ke paras yang lebih asas, p. acne akan dapat hidup lebih lama dan menyebabkan lebih banyak jangkitan dan radangan.

3. Gunakan madu.

gunakan madu menghilangkan jerawat
Madu ialah penyelesaian semula jadi yang amat bagus untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan kesan merah yang ditinggalkan. Ini ialah kerana madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan membantu melegakan kulit dan mengurangkan keradangan. Madu manuka atau mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh disapukan terus ke bahagian kulit berparut, menggunakan putik kapas.
  • Madu ialah pilihan yang bagus bagi mereka yang berkulit sensitif kerana madu tidak merengsakan kulit dan akan melembapkan kulit anda dan tidak mengeringkannya, tidak seperti jenis rawatan yang lain.
  • Jika anda boleh mendapatkan sedikit serbuk mutiara (boleh didapati daripada kedai-kedai kesihatan atau dalam talian), campurkan secubit ke dalam madu untuk rawatan yang lebih berkesan. Serbuk mutiara dikatakan boleh mengurangkan keradangan kulit dan memudarkan parut jerawat.

4. Cubalah aloe vera.

aloe vera menghilangkan bekas jerawat
Sap pokok aloe vera ialah bahan semula jadi yang melegakan yang boleh digunakan untuk melegakan banyak jenis kesakitan, seperti luka melecur, luka berdarah mahupun parut jerawat. Aloe vera membantu mempermuda dan melembapkan kulit, menggalakkan parut jerawat untuk pudar. Anda boleh membeli produk aloe vera di kedai ubat tetapi yang paling baik dilakukan ialah membeli pokok aloe vera dan gunakan sap daripada daunnya yang patah. Sap seperti gel ini boleh disapu terus ke atas parut dan tidak perlu membersihkannya.
  • Untuk rawatan parut yang lebih intensif, anda boleh campurkan setitis dua minyak pokok teh (yang menggalakkan kulit licin) ke dalam gel aloe vera sebelum menyapunya ke muka.

5. Gunakan kiub ais.

gunakan tiub ais untuk menghilangkan jerawat
Ais ialah remedi di rumah paling mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat dengan melegakan radangan kulit dan mengurangkan kemerahan. Untuk menggunakannya, hanya balut seketul kiub ais dengan kain atau sehelai tuala kertas yang bersih dan letakkan pada kulit yang berparut selama satu atau dua minit, sehingga kawasan itu mula merasa kebas.
  • Selain daripada membekukan air biasa, anda boleh membekukan sedikit teh hijau yang pekat di dalam dulang kiub ais dan gunakan hasilnya pada parut jerawat. Teh hijau mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang melengkapkan kesan penyejukan ais.

6. Buat pes gaharu.

Buat pes gaharu menghilangkan bekas jerawat
Kayu gaharu terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kulit dan adalah mudah untuk menyediakan pes gaharu di rumah. Hanya campurkan satu sudu besar serbuk kayu gaharu dengan beberapa titik air ros atau susu untuk membentuk pes. Sapukan pes ini pada bahagian berparut dan biarkan selama lebih kurang 30 minit sebelum membilasnya. Ulangi proses ini setiap hari sehingga parut anda hilang.
  • Sebagai alternatif, anda boleh campurkan serbuk gaharu dengan sedikit madu dan gunakannya sebagai rawatan setempat pada setiap parut.

7. Cubalah cuka sider epal.

Cubalah cuka sider epal untuk menghilangkan bekas jerawat
Cuka sider epal membantu menangani pH kulit anda, membaik pulih penampilan kulit selepas beberapa waktu dan membantu mengurangkan kesan merah dan parut. Cairkan cuka kepada setengah kepekatannya dengan air dan sapukan pada kawasan kulit yang berparut setiap hari menggunakan bebola kapas sehingga parut mula pudar.

Kaedah 2 dari 3: Menggunakan Krim dan Rawatan Perubatan

Mulakan dengan krim kortison untuk menghilangkan bekas jerawat

8. Mulakan dengan krim kortison.

Krim kortison membantu mengurangkan keradangan kulit dan menggalakkan penyembuhan.  Berbincanglah dengan doktor anda untuk menentukan jenis krim kortison yang sesuai untuk anda.
  • Krim kortison boleh didapati secara preskripsi daripada doktor atau dari kedai. Hanya sapukan krim pada kulit yang berparut dan pastikan anda membaca arahan penggunaan pada label.

9. Cubalah krim pencerah kulit dari kedai.

Cubalah krim pencerah kulit dari kedai. UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT
Krim pencerah yang mengandungi bahan-bahan seperti asid kojik, arbutin, ekstrak akar manis, ekstrak mulberi dan vitamin C boleh membantu mencerahkan dan memudarkan hiperpigmentasi kulit yang disebabkan oleh parut jerawat, dengan selamat tanpa menyebabkan kerosakan atau kerengsaan.
  • Elakkan produk yang mengandungi hidrokuinon kerana bahan kimia pencerah kulit yang popular ini boleh merengsakan kulit anda dan telah dilabelkan berpotensi sebagai karsinogen

10. Gunakan rawatan glikolik atau asid salisilik

Gunakan rawatan glikolik atau asid salisilik untuk menghilangkan bekas jerawat
Glikolik dan asid salisilik terdapat dalam banyak produk penjagaan kulit seperti krim, skrub dan salap kerana ia ialah pengelupas yang berkesan yang membantu kulit menanggalkan lapisan kulit mati, membawa kulit yang melalui hiperpigmentasi ke permukaan sebelum membantunya hilang sepenuhnya.
  • Anda juga boleh membuat temu janji dengan pakar kulit untuk mendapatkan pengelupasan kulit dengan bahan kimia glikolik, yang juga berfungsi dengan cara yang sama tetapi akan menembusi lapisan kulit yang lebih dalam.

11. Gunakan produk kulit retinoid.

Gunakan produk kulit retinoid. untuk menghilangkan jerawat
Retinoid ialah derivatif vitamin A yang digunakan di dalam pelbagai produk penjagaan kulit bagi merawat garis-garis halus dan kedutan, perubahan warna kulit dan jerawat. Retinoid menggalakkan penghasilan kolagen dan mempercepatkan kadar penggantian sel, menjadikannya pilihan terbaik untuk menangani parut jerawat. Krim-krim ini mungkin agak mahal tetapi ia amat disyorkan oleh pakar kulit kerana ia memberikan keputusan yang cepat dan berkesan.
  • Anda boleh membeli sesetengah krim retinoid di kedai seperti krim yang dikeluarkan oleh jenama penjagaan kulit utama. Walau bagaimanapun, krim dengan dos yang kuat boleh didapati secara preskripsi daripada pakar kulit anda.
  • Bahan-bahan dalam krim retinoid adalah sensitif kepada sinar UVA dalam cahaya matahari, oleh itu krim ini hanya boleh digunakan pada waktu malam untuk melindungi kulit anda.

12.Dapatkan rawatan laser

Dapatkan rawatan laser untuk menghilangkan bekas jerawat
Jika parut jerawat anda tidak pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, anda mungkin ingin pertimbangkan penggunaan terapi laser. Bergantung kepada rawatan mana yang anda pilih, laser digunakan sama ada untuk merangsang pengeluaran kolagen atau untuk menghilangkan parut supaya kulit baharu boleh terbentuk di tempatnya
  • Buat temu janji dengan pakar kulit anda untuk membincangkan pilihan-pilihan anda dan berbincanglah tentang potensi risiko dan kesan-kesan sampingan.

13.Pertimbangkan untuk mendapatkan pengisi.

Pertimbangkan untuk mendapatkan pengisi untuk menghilangkan jerawat
Parut jerawat boleh meninggalkan lekukan kekal dalam kulit anda yang mustahil untuk diubah kembali. Suntikan pengisi boleh memenuhkan lekukan-lekukan ini buat sementara untuk membantu sekatakan permukaan kulit tetapi perlu diulangi setiap empat hingga enam bulan.

14. Fikirkan tentang lelasan derma mikro dan pengelupasan secara kimia.

Rawatan-rawatan ini tidak akan memudarkan parut jerawat anda dalam masa satu malam kerana ia agak kasar dan kulit akan mengambil masa untuk sembuh. Namun, ianya berbaloi untuk dipertimbangkan jika anda dapati krim dan losen tidak berkesan atau anda lebih fikirkan untuk sekatakan warna kulit anda.
  • Pengelupasan secara kimia melibatkan penggunaan larutan berasid yang pekat ke atas kulit anda. Ia akan membakar lapisan kulit atas, meninggalkan lapisan kulit baharu di bawahnya.
  • Lelasan derma mikro pula menghasilkan keputusan yang sama tetapi ia berfungsi dengan mengelupas kulit menggunakan berus dawai berputar.

Kaedah 3 dari 3: Menjaga Kulit Anda

Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari. untuk menghilangkan jerawat

15. Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari.

Sinar ultra ungu daripada matahari merangsang sel kulit yang menghasilkan pigmen [9] yang boleh memburukkan rupa parut jerawat. Jika anda menghabiskan masa di bawah sinar matahari, lindungi kulit anda dengan menyapu krim pelindung matahari (SPF 30 atau lebih), memakai topi yang bertepi lebar dan berada di bawah teduhan selama mungkin.

16. Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut.

Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut. untuk menghilangkan jerawat
Seringkali berlaku di mana orang-orang yang terdesak untuk menghilangkan parut jerawat dan perubahan warna kulit, akan menggunakan pelbagai jenis produk melelas dan kaedah yang boleh merengsakan kulit dan membuat keadaan parut lebih buruk. Cuba ‘dengar’ kulit anda — jika ia bertindak balas dengan teruk kepada produk tertentu, anda patut berhenti menggunakan produk tersebut dengan segera. Kekalkan dengan penggunaan pembersih muka yang lembut, penanggal solekan, pelembap dan skrub yang melegakan kulit anda dan bukannya menimbulkan radang kulit.
  • Elakkan penggunaan air panas apabila membasuh muka. Air panas boleh mengeringkan kulit. Oleh itu turunkan suhu sedikit.
  • Anda juga harus elakkan penggunaan kain yang kasar, span dan petola kering pada muka kerana benda-benda ini adalah terlalu kasar dan boleh merengsakan kulit.

17. Lakukan pengelupasan secara tetap

Lakukan pengelupasan secara tetap untuk menghilangkan jerawat
Pengelupasan membantu menyalin kulit mati, mendedahkan kulit baharu segar yang lembut di bahagian bawah. Oleh kerana parut jerawat selalunya hanya melibatkan lapisan kulit bahagian atas, pengelupasan boleh mempercepatkan proses pemudaran. Anda boleh mengelupas menggunakan skrub muka yang tertentu, tetapi pastikan ia direka untuk kulit sensitif.
  • Secara alternatif, anda boleh mengelupas menggunakan tuala kecil yang lembut dan sedikit air suam dengan menggerakkan tuala di seluruh muka dalam gerakan membulat kecil.
  • Anda patut melakukan pengelupasan sekurang-kurangnya sekali seminggu dan paling banyak sekali sehari, namun sekiranya kulit anda sangat kering, anda mungkin mahu melakukannya 3 hingga 4 kali seminggu.

18. Elakkan mengutil pada tompokan dan parut.

Elakkan mengutil pada tompokan dan parut.
Walaupun anda teringin sangat untuk berbuat demikian, mengutil parut akan mengganggu proses bagi kulit anda untuk sembuh secara semula jadi dan boleh memburukkan lagi rupa parut. Mengutil jerawat yang sedia ada pula boleh menyebabkan kulit anda berparut kerana bakteria di tangan anda boleh dipindahkan ke muka menyebabkan radang dan jangkitan. Oleh itu, mengutil dan memicit hendaklah dielakkan sama sekali.

19. Minum banyak air dan amalkan pemakanan yang seimbang.

Minum banyak air dan amalkan pemakanan yang seimbang
Walaupun makan secara sihat dan kekal terhidrat tidak akan membuat parut jerawat anda hilang secara magis, ia boleh membuat tubuh anda berfungsi dengan baik dan membantu kulit sembuh dengan sendiri. Air akan mengeluarkan toksin daripada tubuh dan membuat kulit kelihatan gebu dan tegang. Maka anda harus berazam untuk minum 5 hingga 8 gelas air sehari. Vitamin seperti A, C dan E juga akan membantu kulit dan membuatnya kekal terhidrat.
  • Vitamin A boleh didapati dalam sayur-sayuran seperti brokoli, bayam dan lobak merah dan vitamin C dan E boleh didapati dalam buah oren, tomato, keledek dan avokado.
  • Cuba elakkan makanan berminyak, berlemak dan berkanji sebanyak mungkin kerana makanan-makanan ini tidak akan membantu kulit anda
Share:

Tempat terbaru yang menarik ianya di Perak, Malaysia


BAGAN SERAI: Taman ‘Laketown Adventure Park’ merupakan satu tarikan terbaharu di Bukit Merah Laketown Resort.
Taman yang berada pada fasa 1 dikendalikan oleh Rainwalker Ecosystems Sdn Bhd dengan kerjasama Bukit Merah Laketown Resort itu mula dibuka secara rasminya pada 30 Julai 2016.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengasas Utama MK Land Holding Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.
PERAK TODAY 6
Tahun ini, antara kelainan yang dibawakan adalah ‘Laketown Adventure Park and Nature Education Center’ yang mana ia mampu memberikan pengembaraan dan pembelajaran tentang alam sekitar.
Musthapa Kamal berkata, tujuan penubuhan taman berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang mencintai hutan.
” Ini merupakan satu inisiatif untuk kita meuar-uarkan hutan kepada masyarakat umum supaya pada mereka akan datang satu perasaan mencintai hutan.
“Ini adalah permulaan diantara strategi yang dijalankan dengan menekankan pembangunan lestari dalam hutan dan lebih daripada itu iaitu pendidikan, pemulihan, pemuliharaan dan kajian,” tegasnya.
PERAK TODAY 11
Ujarnya, ia secara tidak langsung dapat menarik kanak-kanak seawal tiga dan empat tahun untuk mengalami persekitaran hutan dengan kemudahan yang disediakan.
“Kita membawa anak-anak ke dalam hutan dan gunakan hutan sebagai kelas pembelajaran selain kita bawa saintis untuk membuat kajian bersama-sama mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Rainwalker Ecosystems Sdn Bhd, Chandra Arumugam, LAP bukan sahaja memberikan keseronokan tetapi juga mendidik masyarakat mengenai hutan hujan.
PERAK TODAY 5
Jelasnya, salah satu yang menjadikan taman pengembaraan tersebut unik adalah daripada segi senibinanya yang direkabena dengan mengutamakan hutan.
“Struktur-struktur yang dibina tidak menjejaskan alam sekitar ataupun menganggu aktiviti riadah dan pengalaman para pengunjung,” katanya.
Di taman berkenaan, terdapat zip line yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman terbang dalam hutan pada ketinggian 40 meter dari aras laut.
PERAK TODAY 3
Zip line berkenaan yang juga dikenali sebagai zipmania menggunakan ‘Safe Roller’ yang mana ia merupakan satu-satunya taman yang menggunakan sistem keselamatan berkenaan di Malaysia.
Orang ramai yang menggemari aktiviti lasak boleh datang ke LAP dan merasai sendiri pengembaraan dalam hutan.
Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM42 bagi dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak.
Manakala warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) pula dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Sumber: Peraktoday
Share:

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-