}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Saturday 14 January 2017

Nokia 6 yang dinanti orang ramai

HMD Global, syarikat Finland yang memegang lesen untuk mengeluarkan peranti mudah alih baru-baru ini melancarkan telefon pintar pertama mereka dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 6.

Pelancaran telefon pintar baharu tersebut memberikan ‘nafas baru’ buat jenama telefon bimbit ikonik itu sejak 2014, apabila Nokia Oyj memilih untuk menjual seluruh unit telefonnya kepada Microsoft.

Nokia 6 akan dikuasakan dengan platform Android dan dikeluarkan oleh Foxconn serta dijual secara eksklusif di China melalui peruncit atas talian, JD.com. Ia dianggarkan berharga dalam 1699 yuan seunit, iaitu sekitar RM1100.

Menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, Nokia 6 turut menggunakan rekaan skrin 2.5D dengan Gorilla Glass. Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 430.

Dari segi kamera, Nokia 6 hadir dengan kamera utama 16MP dengan pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Biarpun masih untuk pasaran China, pihak HMD Global menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru pada pertengahan pertama 2017 ini.

Seperti sedia maklum, Nokia suatu ketika dahulu merupakan pembuat telefon bimbit yang dominan di dunia tetapi terlepas peralihan kepada telefon pintar dan kemudian memilih sistem operasi Microsoft Windows untuk rangkai­an ‘Lumia’.

Selepas 2014, Microsoft terus menjual telefon asas pada harga rendah di bawah jenama dan telefon pintar Lumia di bawah namanya sendiri, tetapi pada tahun lepas, syarikat itu mening­galkan sebahagian besar ke­dua-dua perniagaan tersebut.
Sumber- kedahnews

Share:

Kereta tercanggih pada abad ini

Disini saya ingin mendedahkan 10 Kereta Sport tercantik dan tercanggih pada abad ini. Harga tak ditunjuk supaya semua pencari akan bertungkus-lumus untuk mencari harganya, secara tidak langsung ia akan menjadikan kita rajin, hahahaaa . Antara kereta tersebut adalah....

1 Bugatti Veyron Super Sport



2 Lamborghini Aventador


3 Ferrari F12 Berlinetta


4 Ferrari FF


5 SRT Viper


6 McLaren MP4-12C


7 Bentley Continental GT Speed


8 Chevrolet Corvette ZR1


9 Lamborghini Gallardo LP 570-4 Superleggera


10 Ferrari 458 Italia

Image result for 10 Ferrari 458 Italia
Share:

Adnow

loading...

Babab Net-