}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Friday 22 July 2016

Anda menghadapi masalah angin dalam badan?

Pasti ramai yang menghadapi masalah ini. Angin penuh satu badan yang kadang-kadang rasa kurang selesa namun jangan sampai naik angin. Ada cara mengatasi angin dalam badan ini. Anda boleh cuba apa yang kami kongsikan dibawah.
Salah satu cara adalah jaga gaya hidup anda. Elak mengunyah gula-gula getah dan kurangkan merokok. Yang penting sekali kamu harus rajin bersenam. Benda paling mudah yang boleh anda lakukan.
Selalunya perut menjadi tempat angin berkumpul. Caranya dengan memastikan anda makan dengan teratur. Elakkan perut kosong atau lapar. Makan dengan jumlah yang sikit namun kerap bagi mengelakkan dari perut kosong dan lapar. Mudahkan? Takkan makan pun susah nak buat 🙂
Tapi kalau sudah makan itu jangan pula main sebarangan sahaja. Kurangkan mengambil makanan bergoreng dan berlemak kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Ini akan menyebabkan gas terkumpul dalam perut. Kunyah makanan dengan betul agar makanan tersebut mudah dicerna dan dihadam nanti. Jangan makan dengan laju juga kerana ia akan menelan udara dengan lebih banyak.
Apa yang paling disarankan adalah makan lebih sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan kerana buah-buah mengandungi protein dan zat yang dapat menstabilkan sistem pecernaan anda.
Makanlah makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan badan. Elak makan banyak makanan ringan serta air berkarbonat kerana air berkarbonat mengandungi gas yang membuatkan angin terkumpul di dalam badan.
angin dalam badan
Ada satu petua yang boleh anda amalkan untuk membuang angin dalam badan. Minum air halia. Halia dapat membuang angin berlebihan di dalam perut.
Selamat mencuba dan lakukan secara rutin, pokok pangkal dari anda.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-