}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Thursday 28 July 2016

Olimpik 2016 hampir tiba



Sukan Olimpik XXXI
2016 Summer Olympics logo.png
Tuan rumahRio de Janeiro, Brazil
Cogan kataA new world
(Bahasa Portugis: Um mondo novo)
(Bahasa Melayu: Sebuah dunia baru)
Penyertaan negara207
Jumlah atlet10,293 disahkan (lebih daripada 10,500 dijangka)
Acara304 dalam 28 sukan
Upacara perasmian5 Ogos
Upacara penutupan21 Ogos
Ikrar atlet5 Ogos 2016
Ikrar pengadil21 Ogos 2016
StadiumStadium Maracanã
Sukan Olimpik Musim Panas 2016(Bahasa PortugisJogos Olímpicos de Verão de 2016) secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXI dan Rio 2016 ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil bermula 5 Ogos sehingga 21 Ogos 2016. Lebih daripada 10,500 atlet dari 206 negara mengambil bahagian termasuk penyertaan buat pertama kaliKosovo dan Sudan Selatan.[1] Bersama 306 set pingat, acara sukan ini akan menampilkan 28 sukan Olimpik - termasuk ragbi tujuh dan golf yang ditambah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 2009. Acara sukan ini mengambil tempat di 33 venue di bandar tuan rumah dan 5 venue di bandar São Paulo (bandar terbesar Brazil), Belo HorizonteSalvador,Brasília (ibu negara Brazil) dan Manaus.
Ini merupakan Sukan Olimpik Musim Panas pertama dibawah presiden IOC,Thomas Bach.[1] Bandar tuan rumah,Rio de Janeiro diumumkan semasa Sesi IOC ke-121 yang berlangsung diCopenhagenDenmark pada 2 Oktober 2009. Rio menjadi bandar Amerika Selatan pertama untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas. Ini merupakan acara sukan pertama yang diadakan di negara berbahasa Portugis, yang pertama diadakan semasa musim sejuk negara tuan rumah, yang pertama sejak tahun 1968 untuk diadakan di Amerika Latin dan yang pertama sejak tahun 2000 untuk diadakan di Hemisfera Selatan.
Pelbagai kontroversi telah berlaku sebelum Sukan ini bermula termasuk termasuk rasuah dan ketidakstabilan kerajaan persekutuan Brazil, kebimbangan mengenai virus Zika dan pencemaran teruk di Teluk Guanabara
Sumber: Wikipedia (c&p)
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-