}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Friday 22 July 2016

jenis-jenis tidur yang ramai belum ketahui


Gaya Tidur Melambangkan Personaliti Diri
Setiap orang mesti ada gaya tidur tersendiri, jikalau anda hendak tahu posisi atau gaya tidur seseorang itu dapat melambangkan personalitinya. Jadi mari admin kongsikan Gaya Tidur Melambangkan Personaliti Diri;


Foetus
Bagi mereka yang tidur dalam posisi ini digambarkan sebagai seseorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif di dalam,  seorang yang agak pemalu , terutamanya apabila baru bertemu seseorang buat kali pertama , tetapi lama-kelamaan dia akan relaks. Golongan wanita biasanya tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding dari lelaki.
 Log
Bagi mereka yang tidur seperti ini adalah tergolong dalam kelompok mereka yang tidak pandang serius dan gemar aktiviti bersosial. Mereka juga mudah diperdayakan kerana senang percaya pada orang yang tidak dikenali.
Yearner
Bagi mereka yang tidur dalam posisi ini digambarkan digambar adalah seorang yang terbuka, tetapi sinis serta mudah berasa sangsi terhadap orang lain. Seseorang yang lambat untuk membuat satu-satu keputusan tetapi amat sukar untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.
Soldier
Bagi mereka ini pula tergolong sebagai seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau meluahkan perasaannya, golongan mereka ini juga tidak suka mengheboh-hebohkan tentang sesuatu perkara , tetapi pada masa yang sama mereka akan meletakkan diri pada satu piawaian yang amat tinggi
Freefaller
Bagi mereka pula , digambarkan sebagai yang mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak secara melulu . Perasaan mereka mudah berasa tegang dan cepat tersinggung, dan  mereka juga tidak suka dikritik atau mengalami situasi yang ekstrem,
Starfish
Personaliti mereka yang tidur gaya begini dalah seseorang yang boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia untuk menjadi pendengar yang baik dan akan sentiasa membantu jika anda perlukan pertolongan. Mereka juga tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.
Haa itulah antara gaya tidur yang melambang personaliti anda, jadi cubalah anda baca, ada tak gaya tidur yang sama dengan anda. Selamat membaca
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-