}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Saturday 30 July 2016

Siapa peminat kereta jenama Honda mari lihat sejarahnya serba sedikit

Honda adalah satu jenama besar dalam industri automotif. Salah satu model kereta Honda yamg paling popular adalah Honda Civic. Ianya berada dalam kategori segmen C dan bersaing dengan model antaranya adalah Toyota Altis, Mazda 3, Proton Preve, Nissan Sylphy serta Volkswagen Jetta.

Syarikat Honda baru-baru ini telah mendedahkan secara rasmi model kereta terbaru "Honda Civic Baru 2016" (All New Civic 2016) untuk pasaran Amerika Utara. Ia merupakan Honda Civic generasi ke 10 sejak dilancarkan kali pertama pada Julai 1972. (Update: Honda Civic Baru 2016 ini sudah dilancarkan di Malaysia pada 9 Jun 2016)

Ulasan Dan Pandangan

Honda Civic ini memang ramai peminatnya di Malaysia. Ianya sering menjadi kereta idaman bagi setiap individu sama ada bujang mahupun berkeluarga. Memiliki sebuah Honda Civic Baru bagaikan gambaran status seseorang yang mempunyai ekonomi yang stabil.
Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10

Bagi peminat Honda Civic, setiap kali model baru dilancarkan, ianya pasti mendapat perhatian dan menjadi perbandingan sama ada dari sudut rekabentuk luaran dan dalaman mahupun spesifikasi serta teknologi baru yang ditawarkan.

Mari kita lihat akan rekabentuk luar dan dalam, spesifikasi dan teknologi terbaru Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10 ini. Adakah ianya menepati citarasa anda atau sebaliknya. Adakah ianya lebih menarik dan baik dari model terdahulu, anda nilaikanlah sendiri. (Ulasan dan pandangan berikut hanyalah berdasarkan pendapat peribadi penulis)

All New Honda Civic 2016 - Rekabentuk Luaran

Rekabentuk Honda Civic Sedan 2016ini sangat berbeza dan telah lari dari rekabentuk kebiasaan Honda yang tidak menggunakan garis-garis lengkuk. Ianya kelihatan lebih berotot berbanding rekaan model sebelum ini.

Jika diperhatikan, gaya rekabentuk sebegini telah diadaptasikan oleh model-model Mazda terlebih dahulu. Adakah Honda melihat kejayaan Mazda sebagai inspirasi untuk rekaan Honda Civic Baru ini?
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) - pandangan sudut belakang dan sisi
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) vs Mazda 3
Mazda 3 - pandangan sudut belakang dan sisi


Sebagai perbandingan, anda nilaikan sendiri gaya rekabentuk model Honda Civic Baru ini dengan model Mazda 3. Jelas ianya seperti penambahbaikan rekaan Mazda kepada bentuk yang lebih moden, tegap dan gagah.

Rekaan rekabentuk belakang Honda Civic Baru ini adalah paling menonjol kerana ianya rekaan terkini dan canggih dengan lampu led melengkung. Ianya amat berbeza berbanding model sebelum ini yang kelihatan agak ketinggalan zaman.

Dari sudut pandangan hadapan pula, Honda Civic Baru ini dilihat mewarisi rupabentuk Honda Accord Generasi ke 9. Ianya satu rekaan identiti terkini yang semakin sinonim buat Honda. Jika dibandingkan, rekaan ini lebih menarik berbanding model terdahulu.
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) -pandangan hadapan

Dari sudut pandangan sisi, rekaansimple dan tajam sudah tidak kelihatan. Honda Civic baru ini mempunya garis lengkung yang menjadikan ianya sangat unik pabila terkena pancaran cahaya.

Lengkungan bak otot mempamerkan teguhan dan kekuatan mungkin agak subjektif bagi pandangan setiap orang. Ada yang menyukainya dan pasti ada sebaliknya.
Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10
Honda Civic - Generasi ke 10 - pandangan sisi
Model Honda Civic Generasi ke-9
Honda Civic - Generasi ke 9 - pandangan sisi

Pada keseluruhan rekabentuk luaran Honda Civic Baru ini adalah satu perubahan terbesar bagi Honda dan menjadi taruhan yang sukar dijangka akan sambutannya.

Bagi BM, rekabentuk Honda Civic Baru ini lebih menarik dan mengujakan serta berkarektor berbanding model Civic sebelum ini yang agak membosankan.

All New Honda Civic 2016 - Rekabentuk Dalaman

Bahagian ini juga agak menonjol mungkin kerana rekaan dashbordsebelum ini sangat tidak memuaskan hati serta berkualiti rendah. Mungkin Honda mendengar rungutan ramai maka kali ini para juruteranya telah mengubah keseluruhan rekaandashboard untuk Honda Civic Baru 2016 ini.
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) - dashboard
Model Honda Civic (Generasi ke-9)
Model Honda Civic (Generasi ke-9) -dashboard

Paling ketara adalah kehilangan 'dual tier dispay' pada dashbord yang menjadi identiti atau 'trademark' Honda Civic sejak dua generasi sebelum ini. Pasti ada peminat Honda Civic yang mengeluh...

Rekaan dashbord terbaru ini pada keseluruhannya lebih moden dan kemas serta rata tanpa lebih tertumpu kepada pemandu sahaja. Kelihatan juga materialnya lebih berkualiti!

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) - dashboard

All New Honda Civic 2016 - Spesifikasi Dan Teknologi

Honda menjanjikan yang model Civic terbaru ini adalah yang terbaik dalam kelasnya dari segi keselamatan, ruang kabin yang besar, pengalaman pemanduan dan penjimatan bahan api.

Honda Civic 2016 ini dibina di atas platform baru dan menggunakan reka bentuk binaan sportsback. Ianya 50mm lebih lebar dan 25mm lebih rendah serta mempunyai tambahan wheelbase sebanyak 30mm.

Tempat duduk kereta ini juga diletakkan 25mm lebih rendah untuk pengalaman pemanduan lebih sporty.

Enjin yang ditawarkan bagi model ini di AS ialah enjin petrol 2.0-liter 16 injap DOHC i-VTEC dan juga enjin petrol 1.5-liter direct injection turbocharged. Enjin 2.0-liter ini pula bukan enjin terdahulu tetapi enjin teknologi terbaru dari  Honda.

Enjin 2.0-liter ini dipadankan dengan pilihan transmisi 6-kelajuan manual ataupun CVT manakala varian 1.5-liter turbo itu pula dipadankan dengan transmisi CVT sahaja.

Honda Civic Baru ini menjanjikan jarak perjalanan sejauh 17km/l bagi pemanduan di atas lebuhraya (diuji mengikut kitaran pemanduan US EPA). Secara lazimnya, pemanduan di bandar pula akan memberikan jumlah km/l sedikit berkurangan.

Honda belum lagi mengeluarkan spesifikasi penuh untuk kereta 2016 Honda Civic ini, namun mereka yakin yang kereta ini mampu meletakkan petanda aras baru dalam aspek keselamatan.

Casis kereta ini diberikan pembaharuan dari segi keteguhannya di mana ianya dikatakan 25 peratus lebih baik berbanding sebelum ini kerana menggunakan besi kekuatan tinggi.

12 peratus daripada badannya diperbuat dari besi kekuatan tinggi berbanding 1 peratus yang digunakan pada model semasa namun Honda mempu menjadikan ianya 30kg lebih ringan walaupun saiznya bertambah besar.

Kereta ini juga turut diberikan pembaharuan dari segi sistem suspensi di mana bahagian depan dengan suspensi ubahsuai dan belakang pula menggunakan multi-link yang disambung ke rangka yang sangat kuat. - sumber: arenakereta.com

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)


BinMuhammad

Nantikan Kemunculan Honda Civic Baru

Bagaimana dengan pendapat dan penilaian anda terhadap model Honda Civic Baru 2016 ini? Suka atau tidak, tiada yang salah dalam mengutarakan pandangan kerana ianya adalah hak peribadi.

Honda Civic Baru ini masih belum dipastikan bila akan dilancarkan di Malaysia. Malah, rekabentuknya juga belum tentu akan 100% serupa dengan apa yang dipertontonkan di US ini.

Namun ianya tidaklah banyak berbeza. Biasanya hanya hadapan dan belakang sedikit berbeza dan kita hanya akan mengetahuinya setelah kemunculannya di Australia dan Thailand terlebih dahulu.

Model Honda Civic Baru ini pasti akan menjadi model terhangat yang akan dinanti-nantikan pelancarannya di Malaysia 2016. Namun dengan keadaan ekonomi semasa dan tanda harga yang pasti akan meningkat dari model sekarang, mampukah ianya meledak dipasaran... sama-sama kita nantikan.

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
sumber gambar - Google dan paultan.org

Kemaskini 11 Mac 2016

Honda Civic Baru 2016 (generasi ke-10), model kereta Honda yang paling dinanti-nantikan kemunculannya telah dilancarkan secara rasmi di Thailand. Ini bermakna tidak lama lagi ianya akan dilancarkan pula di negara-negara rantau Asia Tenggara, termasuklah Malaysia.

Jika di Thailand, Terdapat empat variant Honda Civic Baru ini iaitu
  • Honda Civic 1.8 E - 869,000 baht (RM100,800)
  • Honda Civic 1.8 EL -  959,000 baht (RM111,200)
  • Honda Civic 1.5 Turbo - 1,099,000 baht (RM127,500)
  • Honda Civic 1.5 Turbo RS. - 1,199,000 baht (RM139,100)
Kuasa Enjin Dan Transmisi
  • Enjin 1.8 liter i-VTEC empat-silinder dengan kuasa 141 hp pada 6,500 rpm dan tork 174 Nm pada 4,300 rpm.
  • Enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan kuasa 173 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,700 dan 5,500 rpm. 
  • Kedua-dua variant ini dipadankan dengan Transmisi Automatik boleh laras berterusan (CVT).
Untuk Spesifikasi lebih lengkap, sila rujuk link berikut: All New Honda Civic 2016 (Thailand)

Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10

Honda Civic 2016 Serba Baru kini dilancarkan di Malaysia... (9 Jun 2016)
3 Variant ditawarkan di Malaysia iaitu - Civic 1.8L i-VTEC, 1.5L Turbo dan 1.5L Turbo Premium. Ketahui akan Harga, Spesifikasi, Variant dan Galeri Gambar lengkap di sini: Harga & Spesifikasi Honda Civic FC Baru 2016

Sumber: dammahumnib
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-