}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Perkara Wajib Tahu Oleh Pemandu Kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa....

Rumah Anda Banyak Cicak Mari Lihat Tips

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya.

Dalami Kebolehan Si Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk...

Bentuk Otak Manusia Seperti Orang Yang Sedang Sujud

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh...

Kuala Krai Akan Kembali Sejuk

Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi.

Thursday 16 July 2020

BIODATA SEBENAR PENCIPTA LAMPU YANG PERTAMA KALI

thomas-alva-edison – dookuliah

THOMAS EDISON BUKAN ORANG YANG PERTAMA CIPTA MENTOL. FAKTA!

Jika disebut nama “Thomas Edison”, pasti ramai yang tahu bahawa dialah orang yang mencipta lampu mentol yang banyak sekali digunakan hari ini. Namun, tahukah anda bahawa fakta itu adalah kurang tepat.

Ramai yang tidak sedar bahawa Thomas Edison bukan sahaja pencipta yang hebat, malah beliau juga adalah usahawan yang hebat. Dia bukan sahaja mencipta kebendaan, malah telah mencipta industri dan pekerjaan. Suatu pencapaian yang sungguh menakjubkan.

Screen shot 2014-12-22 at 7.48.28 PM

Ikuti cerita daripada Robert Kiyosaki dibawah :

Semasa di bangku sekolah, kita belajar tentang Thomas Edison, salah seorang pencipta terkemuka dunia.

Apabila saya beritahu ayah yang saya belajar tentang hidup Thomas Edison, ayah tanya adakah saya diajar bagaimana dia boleh menjadi seorang yang prolifik.

Saya jawab “Tidak”. “Kami hanya belajar bagaimana dia mencipta lampu mentol”.

“Maaf jika ayah bercanggah dengan cikgu kamu. Tetapi Thomas Edison bukanlah yang orang yang mencipta lampu mentol”, jawab ayah.

Kemudian ayah menjelaskan bahawa terdapat ramai orang yang telah mencipta lampu mentol sebelum Thomas Edison. Tetapi masalahnya adalah, lampu mentol mereka tidak praktikal. Ada yang mati terlalu awal dan macam-macam lagi. Para pencipta ini juga tidak dapat menjelaskan kepada umum “nilai” lampu mentol mereka.

Secara ringkas, mereka ada idea yang hebat, tetapi mereka tiada bisnes. Thomas Edison pula, bukan sahaja mencipta lampu mentol yang lebih bagus, malah membina bisnes dengan lampu mentol tersebut. Dia telah mencipta lampu mentol pertama yang berguna dan dia juga tahu bagaimana untuk mempersembahkan “nilai” ciptaannya kepada umum.

Semua orang mampu memberikan idea yang hebat, tetapi hanya usahawan yang boleh menghasilkan duit daripada idea tersebut. Anda juga mungkin mempunyai idea atau produk yang hebat. Sama seperti orang lain. Tetapi adakah anda tahu bagaimana untuk membuat duit dengan idea tersebut?

Jika anda mempunyai keberanian untuk mengejar idea anda, mulakan dengan langkah yang pertama. Mulakan dengan kajian, bercakap dengan orang lain dan curahkan idea anda. Apabila anda sudah tahu bagaimana untuk membuat duit, barulah keseronokan bermula. Apa pun, mulakan dengan langkah yang pertama.

i_have_not_failed-343-75

Diterjemah dan diolah daripada Newsletter Robert Kiyosaki

SUMBER: thevocket.com

Share:

Wednesday 15 July 2020

anime yang wajib korang lihat

Anime, kadang-kadang disebut Japanimation, dilukis dengan tangan dan animasi komputer yang berasal dari Jepun. Istilah anime berasal dari kata Inggeris animasi, dan di Jepun digunakan untuk merujuk kepada semua bentuk media animasi.

Laman web yang top adalah seperti berikut:
  1. crunchyroll.com
  2. kissanime.ru
  3. animefreak.tv
  4. animedao.com
  5. animedao.com
  6. funimation
  7. hulu.com
Anime yang wajib korang lihat !
  1. One Punch Man
  2. Gintama
  3. Shigatsu wa kimi no uso
  4. Bakuman
  5. Fairy tail
Share:

cara hasil duit dlm blogger

Apakah pilihan yang ada untuk jana pendapatan melalui blog?

1. Melalui khidmat pengiklanan orang tengah (3rd party) –

Ini adalah teknik jana duit paling digemari dikalangan blogger dan pembangun laman web. Dengan menggunakan khidmat pengiklanan orang tengah ini, anda tidak perlu pening kepala mengurus atau mencari pengiklan yang hendak beriklan dengan anda.

Diantara servis pengiklanan yang dikenali ramai adalah Google Adsense. Manakala di Malaysia, kita juga ada syarikat pengiklanan seperti Innity dan Nuffnang. Dahulunya terdapat banyak syarikat pengiklanan di Malaysia contohnya Advertlets, Mangga Ads dan juga Komli. Kini, kebanyakannya sudah hilang ditelan arus zaman. 

Untuk berdaftar dengan Google Adsense, anda haruslah mewujudkan laman sesawang atau blog yang beretika pada masa sama menjalankan kemaskini konsisten selama 3 bulan minimum. Adakalanya perlu bersabar sehingga 6 bulan, barulah permohonan anda akan diluluskan.

Bagi yang baru bermula, mungkin anda boleh terus cuba mendaftar di Nuffnang kerana keperluan minimanya lebih rendah dan kurang “ketat” berbanding yang lain.

2. Melalui pengiklanan secara terus

Teknik ini juga ada yang menggelarnya sebagai “self-advertising”, “direct-advertising” dan bermacam-macam lagi. Tapi dipendekkan cerita, anda juga boleh menjual tapak iklan secara terus kepada pengiklan yang anda cari sendiri.

Contohnya, anda ada tapak iklan kosong yang belum dipenuhkan, kemudian anda berjumpa secara terus dengan Dato Aliff Syukri bertanyakan adakah beliau mahu beriklan dengan anda?

Itu penjelasan secara ringkas lah. Sebenarnya prosedurnya lebih rumit dan perlu dokumen yang lengkap sekiranya anda ingin mendekati syarikat-syarikat besar.

3. Melalui afiliasi (affiliate)

Selain menjual ruang iklan yang mendatangkan untung melalui paparan iklan dan klik, anda juga boleh menggunakan sistem afiliasi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Sistem ini sebenarnya hampir sama dengan sistem “drop-shipping”. Anda cuma perlu promosikan produk atau pautan link, apabila user beli atau melakukan pendaftaran, anda akan dapat komisyen.

Antara sistem afiliasi yang sesuai untuk blogger di Malaysia ialah afiliasi Involve-Asia. Kami sangat syorkan anda untuk menggunakan sistem afiliasi ini kerana ianya telah lama berada di pasaran. Yang lain-lain tu kami tak pasti.

Anda juga perlu berhati-hati kerana kebanyakan perniagaan afiliasi ini boleh jadi scam. “Common-sense” dan rasionalisasi adalah sangat penting dalam mengenal sistem afiliasi yang tulen atau yang palsu.

Selain itu, akaun afiliasi dengan laman web besar membeli-belah online popular seperti Ebay, Amazon dan Lazada perlu ada dalam senarai anda.

sumber : budiey.com

Share:

INILAH 14 MESEJ DARI KKM YANG BERMANFAAT


Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Panduan Pemakanan Malaysia Malaysian Dietary Guideline (MDG)

14 MESEJ PEMAKANAN MDG 

  • Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan keperluan pengambilan tenaga anda.
  •  Kekalkan berat badan yang ideal
  • Menjadi lebih aktif setiap hari 
  • Makan kuantiti nasi dan produk bijirin (terutamanya bijirin penuh) dan ubi-ubian dalam kuantiti yang disarankan
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  •  Ambil ikan, daging, ayam, itik, telur, kekacang dalam kuantiti yang sederhana.
  • Ambil susu dan produk hasil tenusu dalam kuantiti yang sederhana.
  •  Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan minimumkan penggunaan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan.
  • Pilih dan sediakan makanan dengan mengurangkan penggunaan garam dan sos.
  •  Pilih makanan dan minuman yang kurang kandungan gula.
  • Banyakkan minum air.
  • Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari bayi lahir sehingga 6 bulan dan teruskan penyusuan sehingga berusia 2 tahun.
  •  Ambil makanan dan minuman yang bersih dan selamat.

Piramid Makanan Malaysia - Makanan Berkhasiat dan Seimbang


Segala info boleh dapatkan di laman web ni...

knj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah/Kuliah%207-Pemakanan%20Untuk%20Hipertensi(%20Pn%20Farrah%20Dan%20V)%20(1).pdf
Share:

Thursday 9 July 2020

5 LAMAN WEB YANG MEMBERI JAMINAN KERJA YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA

5 LAMAN WEB YANG MEMBERI JAMINAN KERJA YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA

The Fresh Grad Dilemma - Jo - Medium

Pada masa sekarang ini banyak yang menganggur ekoran muncul virus baharu iaitu covid-19 melanda negara kita tambahan lagi mereka yang baru lepas graduan.. disini saya ingin memberi beberapa laman web dijamin dengan pekerjaan yang menawarkan pelbagai bidang pekerjaan khusus untuk diri anda.

1.Referjobs.my
ReferJobs

ReferJobs.my merupakan platform buat anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data mereka khusus  buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Perkara yang paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan mendapat ganjaran kewangan.
Pada asasnya, anda akan mendapat ganjaran di antara RM500 hingga RM1500, bergantung kepada kekosongan itu. Walaupun platform ini masih baru, namun permintaan mereka semakin meningkat untuk memenuhi permintaan buat mereka yang masih mencari kerja.

2.JobStreet
JobStreet Malaysia Covid-19 Jobs & Resources Hub | #EverydayGotJobs
JobStreet merupakan laman web sumber kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan online yang terbesar di Southesast Asia. Bagi graduan baru yang masih mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet merupakan platform yang terbaik buat anda. Menurut kajian dari JobStreet.com, lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan peluang pekerjaan pada tahun 2014.

3.Wobb.my
WOBB - Hire Quality Gen Y Talent

Wobb.my atau Wobb (Working On Bean Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum menghantar permohonon tersebut.

Pada awal tahun ini, pasukan ini telah mengeluarkan satu aplikasi mudah alih. Antara fungsi aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari kerja di mana sahaja. Perkara ini amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan. Namun, dengan aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.

4. ScootJobs.com

Skootjobs | Crunchbase

Scoot merupakan platform dimana mereka mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan baru di Malaysia. Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot, namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Iaitu membuat resume secara ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali tentang latar belakang anda.

Platfrom ini adalah salah satu kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.

5. StartUpJob

StartUp Jobs Asia | Startup Hire | Startup Hiring | Startup ...


Startup Jobs Asia merupakan salah satu platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.

Jika anda berminat untuk menyertai cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform terbaik untuk anda.


creadit : INFO PELAJAR

Share:

Adnow

loading...

Babab Net-