}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Monday 1 August 2016

Panas Spesifikasi Proton SUV dan harga yang mengejutkan ramai pihak

Gambar Proton SUV yang disebarkan bersama brochure dan juga gambar rekaan sebenar ini didakwa sebagai bakal model kenderaan utiliti sport (SUV) pertama dari Proton. 

Proton Extrema SUV

Proton Extrema SUV compact yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada 1 April 2017, dijangka akan memberi saingan sengit kepada compact SUV lain yang sedang hangat sekarang.

Menurut sumber industri, Extrema berdasarkan kepada konsep SUV Lotus APX yang pernah dipamerkan pihak Proton suatu ketika dahulu.

Kenderaan SUV Proton Exrema ini mempunyai reka bentuk iras model popular Honda HRV dan sedikit elemen BMW X6.

Proton Extrema SUV [2]

Menggunakan nama kod Youngman SUV, ia dibangunkan oleh anak syarikat Proton Lotus Engineering dan telah dipandu uji di China.

Tiada perincian lanjut didedahkan namun menurut laman blog automotif Paultan.org, ia dijangka dilancarkan pada 1 April 2017 selepas pelancaran model terbaharu Perdana, Persona dan Saga.

Proton Extrema SUV [3]

Proton Extrema SUV mempunyai design dan rekabentuk keseluruhan yang sangat cantik, rugged dan menarik sebagai sebuah SUV pertama buatan Malaysia.

Pada bahagian belakang, ditampilkan ekzos dan lampu belakang yang nampak lebih teratur serta padanan roda 19-inci.

Proton Extrema SUV [4]

Bahagian hadapan kenderaan SUV ini pula kelihatan seperti kenderaan kontemporari, dengan lampu utama xenon bersama lampu posisi LED, gril besar dengan logo Proton dan skid plate berwarna perak.

Kabinnya agak menarik dengan papan pemuka dan tempat duduk berwarna coklat, serta banyak kemasan menggunakan elemen perak bagi memberi penampilan lebih elegan dan eksklusif.

Proton Extrema SUV [5]

Dari pandangan sisi, Proton Extrema SUV ini kelihatan gagah seperti Kia Sportage. Ketinggian yang sesuai dengan sebuah SUV kompak membolehkan Proton Extrema memandu di kawasan yang sukar dipandu dengan lebih lasak seperti pacuan 4 roda. 

Namun kurang pasti sama ada Proton Extreme SUV ini bakal didatangkan dengan varian sistem 4wd bagi penggemar off road.

Proton Extrema SUV [6]

Dijangkakan Extrema akan dijana oleh enjin baharu Proton 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus TGDI, dengan konfigurasi paling berkuasa yang mampu menghambur kuasa 180hp dan tork 250Nm.

Reka bentuk kenderaan SUV ini tampak ‘kuat’ dan setanding dengan SUV import seperti Porsche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.

Proton Extrema SUV [7]

Jika harganya dijual pada sekitar RM70K, maka ia adalah SUV compact buatan Malaysia yang sangat competitive dan cantik untuk dimiliki rakyat Malaysia.

Kalau benarlah berita ini, maka sebagai rakyat Malaysia kita patut beri sokongan dan mungkin ia membuka peluang peminat dunia permotoran tempatan untuk memiliki sebuah SUV dengan harga yang lebih murah berbanding model import

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/08/spesifikasi-dan-harga-proton-exrema-suv.html#ixzz4G8TSYN5R
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-