}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Wednesday 29 June 2016

Perhatian! Ini amat penting untuk orang mengantuk, sini tips hindari mengantuk

Ketahui tips² hilang/hindari mengantuk dalam kereta.


Cara Menghilangkan Mengantuk. Kalau anda sedang merancang untuk perjalanan jauh, tips ini bagus dibaca.
Meskipun mengantuk merupakan salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang, namun mengantuk pada tempat dan waktu yang tidak tepat boleh menimbulkan banyak masalah. Lebih-lebih lagi jika sedang memandu kenderaan.
Memandu ketika dalam keadaan mengantuk sangat membahayakan. Sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% . Ini adalah kerana ketika terlelap, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan sempurna.


Bagi anda yang mempunyai masalah mengantuk yang berlebihan ketika memandu, anda boleh praktik beberapa tips di bawah bagi mengatasinya.

1.   Basuh muka dengan air
Ini mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun, agak kurang praktikal wanita-wanita yang sudah siap bersolek.Tetapi, jika tiada pilihan lain, terpaksalah berkorban kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.


2.   Dengar muzik yang rancak
Muzik juga penyelesaian paling efektif  bagi menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Boleh juga jika anda memutarkan lagu-lagu ‘favourite’. Cara ini mampu mempengaruhi suasana hati agar tetap bersemangat.

3. Elak memandu berseorangan
Kadang-kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk mengantuk adalah tinggi.Untuk mengatasi anda disarankan mengajak seorang rakan atau pun ahli keluarga untuk memeriahkan lagi suasana di dalam kereta. Carilah topik yang boleh membuatkan anda ketawa bagi menepis rasa bosan dan mengantuk di sepanjang pemanduan.

4. Berehat sekejap jika perlu
Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan pasti akan berasa letih dan penat. Ada baiknya anda berhenti di mana-mana hentian rehat untuk merehatkan diri. Ambil masa 15 hingga ke  20 minit untuk melelapkan mata buat seketika.Selepas bangun, pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.

Baca Juga: Bahaya Kurang Tidur

5. Minum minuman isotonik /berkafein
Minuman isotonik dapat mencergaskan badan dan mengelak rasa lesu ketika memandu. Manakala minuman berkafein pula dapat meningkatkan produksi adrenalin dan menghalang zat kimia yang menyebabkan rasa mengantuk.
Jika anda tergolong dalam kategori orang yang kerap diserang rasa mengantuk ketika memandu, tips sederhana ini boleh dipraktik untuk membuatkan anda kembali bangkit ataupun segar daripada mengantuk!


Read more: http://www.wom.my/kesihatan/cara-menghilangkan-mengantuk/#ixzz4D0XqYBn8 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Babab Net-