}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Wednesday 15 July 2020

cara hasil duit dlm blogger

Apakah pilihan yang ada untuk jana pendapatan melalui blog?

1. Melalui khidmat pengiklanan orang tengah (3rd party) –

Ini adalah teknik jana duit paling digemari dikalangan blogger dan pembangun laman web. Dengan menggunakan khidmat pengiklanan orang tengah ini, anda tidak perlu pening kepala mengurus atau mencari pengiklan yang hendak beriklan dengan anda.

Diantara servis pengiklanan yang dikenali ramai adalah Google Adsense. Manakala di Malaysia, kita juga ada syarikat pengiklanan seperti Innity dan Nuffnang. Dahulunya terdapat banyak syarikat pengiklanan di Malaysia contohnya Advertlets, Mangga Ads dan juga Komli. Kini, kebanyakannya sudah hilang ditelan arus zaman. 

Untuk berdaftar dengan Google Adsense, anda haruslah mewujudkan laman sesawang atau blog yang beretika pada masa sama menjalankan kemaskini konsisten selama 3 bulan minimum. Adakalanya perlu bersabar sehingga 6 bulan, barulah permohonan anda akan diluluskan.

Bagi yang baru bermula, mungkin anda boleh terus cuba mendaftar di Nuffnang kerana keperluan minimanya lebih rendah dan kurang “ketat” berbanding yang lain.

2. Melalui pengiklanan secara terus

Teknik ini juga ada yang menggelarnya sebagai “self-advertising”, “direct-advertising” dan bermacam-macam lagi. Tapi dipendekkan cerita, anda juga boleh menjual tapak iklan secara terus kepada pengiklan yang anda cari sendiri.

Contohnya, anda ada tapak iklan kosong yang belum dipenuhkan, kemudian anda berjumpa secara terus dengan Dato Aliff Syukri bertanyakan adakah beliau mahu beriklan dengan anda?

Itu penjelasan secara ringkas lah. Sebenarnya prosedurnya lebih rumit dan perlu dokumen yang lengkap sekiranya anda ingin mendekati syarikat-syarikat besar.

3. Melalui afiliasi (affiliate)

Selain menjual ruang iklan yang mendatangkan untung melalui paparan iklan dan klik, anda juga boleh menggunakan sistem afiliasi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Sistem ini sebenarnya hampir sama dengan sistem “drop-shipping”. Anda cuma perlu promosikan produk atau pautan link, apabila user beli atau melakukan pendaftaran, anda akan dapat komisyen.

Antara sistem afiliasi yang sesuai untuk blogger di Malaysia ialah afiliasi Involve-Asia. Kami sangat syorkan anda untuk menggunakan sistem afiliasi ini kerana ianya telah lama berada di pasaran. Yang lain-lain tu kami tak pasti.

Anda juga perlu berhati-hati kerana kebanyakan perniagaan afiliasi ini boleh jadi scam. “Common-sense” dan rasionalisasi adalah sangat penting dalam mengenal sistem afiliasi yang tulen atau yang palsu.

Selain itu, akaun afiliasi dengan laman web besar membeli-belah online popular seperti Ebay, Amazon dan Lazada perlu ada dalam senarai anda.

sumber : budiey.com

Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Babab Net-