}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Monday 1 August 2016

GEMPAR kerajaan Switzerland telah mengharamkan ini, yang membuat ramai tertanya tanya

MESKIPUN terkenal dengan gunung-ganang dan memiliki coklat antara terbaik di dunia, namun Switzerland juga terkenal dengan peraturan-peraturan yang mungkin kedengaran tidak masuk akal.

Baru-baru ini, media melaporkan pihak berkuasa Switzerland telah menetapkan bilangan minimun untuk sesetengah haiwan peliharaan.

Sebagai contoh, adalah menjadi kesalahan di negara itu untuk memelihara ikan emas jika bilangannya kurang daripada dua ekor.
Penguatkuasaan undang-undang hak asasi haiwan itu bermula sejak 2008. Antara alasan mereka ialah, ikan merupakan haiwan yang hidup dalam kumpulan dan memerlukan ‘teman’.
Switzerland Haramkan Pelihara Seekor Ikan Emas
Mereka juga percaya bahawa memelihara seekor ikan emas tanpa kawanan atau spesiesnya adalah satu bentuk penganiayaan secara tidak langsung terhadap haiwan tersebut.
Bagaimanapun, undang-undang itu bukan hanya tertakluk kepada ikan emas sahaja, binatang peliharaan yang lain juga tergolong dalam peraturan tersebut. Antaranya, tikus belanda dan burung kenari.
Switzerland Haramkan Pelihara Seekor Ikan Emas
Switzerland Haramkan Pelihara Seekor Ikan Emas
Selain daripada undang-undang di atas, warganegaranya yang ingin memelihara kucing atau anjing juga perlu mengambil kursus dan menjalani latihan berkaitan haiwan peliharaan mereka.
Kucing atau anjing yang dipelihara bersendirian (dibaca: seekor) hendaklah diletakkan di luar rumah supaya binatang itu boleh ‘bergaul’ dengan spesiesnya.
Jika sebaliknya, setiap pemilik haiwan berkenaan diwajibkan memelihara sekurang-kurangnya dua ekor haiwan daripada spesies yang sama. – MYNEWSHUB.CC



Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-