}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Sunday, 7 August 2016

Gempar Khasiat kulit pisang yang ramai belum tahu

Khasiat Kulit Pisang Untuk Kecantikan Kulit. Kulit pisang yang kerap dianggap sekadar bahan buangan sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri untuk kecantikan kulit.
Kulit pisang bukan sahaja bersifat pemutih tetapi ia juga boleh bertindak sebagai antibiotik untuk kulit kerana mempunyai sifat anti kulat. Selain itu ia bersifat antioksidan yang mampu merawat beberapa masalah kulit.

Khasiat Kulit Pisang Untuk Kecantikan Kulit
1)Merawat Jerawat – Memandangkan kulit pisang bersifat antioksidan maka ia dapat membantu merawat masalah jerawat. Pilih pisang yang tidak terlalu muda dan juga tidak terlalu masak. Gosok dalaman kulit pisang tersebut ke bahagian kulit wajah yang berjerawat. Kulit pisang juga boleh dibuat masker dengan cara menghancurkan bahagian dalam kulit pasang dan campurkan dengan sesudu madu. Kemudian sapukan ke wajah. Biarkan kering seketika sebelum dicuci bersih.
2)Menghaluskan dan Mencerahkan Kulit– Tidak perlu berbelanja ratusan atau ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah dan halus. Satu petua tradisional yang boleh anda amalkan adalah dengan menggunakan masker kulit pisang di wajah. Masker kulit pisang juga sesuai untuk anda yang memiliki masalah kulit kering, kasar dan kusam. Sapukan ke kulit wajah secara konsisten sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melihat hasilnya.
3) Petua Anti Penuaan – Peningkatan usia akan mengakibatkan kulit wajah berkedut dan timbulnya garis-garis halus pada kulit wajah. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan satu petua menggunakan kulit pisang. Caranya keluarkan bahagian dalam kulit pisang dan tambahkan dengan satu sudu madu. Sapukan ke seluruh wajah dan leher anda. Biarkan seketika kira-kira 15 ke 20 minit. Kemudian ambil sehelai tuala (jenis lembut) yang telah di rendam dalam air suam terlebih dahulu dan bersihkan sisa-sisa kulit pisang dari wajah anda. Amalkan petua ini 2 atau 3 kali seminggu.
Selain bermanfaat untuk kecantikkan kulit wajah, kulit pisang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi.
Setelah membaca artikel Khasiat Kulit Pisang Untuk Kecantikan Kulit pasti anda akan terfikir dua tiga kali sebelum membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.
Sumber: notawanita
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-