Seekor anjing telah menggempar sebuah bandar di Guizhou, China apabila ia dengan liarnya telah mencederakan 20 orang sebelum ditembak mati oleh polis.
Anjing berkenaan mula menjadi agresif selepas ia mengekori seorang lelaki di jalan raya dan terus menggigit lelaki berkenaan menyebabkan mangsa cedera di bahagian tangan.
Tidak lama kemudian, anjing itu melarikan diri dan mencari mangsa lain termasuk seorang wanita dan serangan ganas itu pun bermula. Wanita itu menggunakan begnya untuk memukul anjing terbabit dan dia bernasib baik kerana binatang itu lebih berminat pada jaketnya.
Keadaan itu membolehkan wanita tersebut melarikan diri. Anjing itu kemudiannya mencederakan orang lain dengan bilangan mangsa yang terlibat adalah 20 orang.
Penduduk yang ketakutan telah menghubungi polis dan tidak lama kemudian anggota polis mengepung anjing terbabit sebelum menembaknya hingga mati.
Menurut CCTV News, anjing itu mengamuk selama lebih dua jam dengan mangsa paling muda berusia lapan tahun dan yang paling tua adalah 75 tahun.
Sumber : mynewshub.cc
0 comments:
Post a Comment