}

BloggesT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
loading...

Monday, 1 August 2016

Gempar cerita seorang ibu yang menjadi tumpuan ramai


Alhamdulilah saya sudah mengandung selepas bertahun-tahun menanti. Suami saya insan yang paling bahagia. Sekarang usia kandungan saya dah nak masuk 4 bulan. Masa usia 3 bulan suami saya paling bersungguh ajak beli barang-barang anak.
Capture
Saya tahu suami juga banyak berubah sekarang. Kalau dulu suami panas baran dan cepat marah. Tapi selalunya suami akan marah tak lama. Marah seorang lelaki sekejap je, paling lama setengah jam lepas tu suami akan ok balik. Selaunya suami marah sebab salah saya juga. Saya pun akui memang salah saya.

Tapi selepas saya disahkan mengandung, kesalahan saya makin menjadi-jadi dan selalu menguji kesabaran suami. Mungkin juga pembawakan budak. Apa yang suami belikan semuanya tak kena di mata saya. Itu tak sedap, ini tak sedap, itu tak kena, ini tak kena. Kedai tutup pun saya menangis teresak-esak sebab nak makan padahal sebelum ni saya bukan macam tu.
Saya memang nampak suami betul-betul sedang bersabar dengan sikap saya. Suami pun tak marah-marah saya walaupun perangai saya makin menjadi-jadi tapi suami tetap sediakan apa saya nak. Saya bersyukur sangat. Suami cakap dia bersabar demi anak dalam kandungan.
Suami tak mahu marahkan saya sebab takut nanti terkena effect pada anak. Baru-baru kami ada gaduh. Gaduh benda remeh. Entah kenapa saya emosi sangat, mungkin sebab pandangan saya dibantah.
Saya buat-buat nak tumbuk perut. Gila ke apa saya ni? Ya Allah. Suami peluk saya kuat-kuat, dia menangis minta saya jangan apa-apakan anak padahal saya tak buat lagi. Saya cuma ugut je. Ya Allah risaunya dia pada anak dalam kandungan. Bodohnya saya. Suami pulak nak ikat tangan saya selama 3 hari supaya saya tak tumbuk anak. Hihi. Padahal saya melawak je.
Saya juga pernah melawak dengan suami, saya cakap kalau suami buat perangai yang saya tak suka saya akan lari rumah bawak anak sekali. Dengan muka marah dia cakap dia akan cari saya sampai ke lubang cacing sebab anak yang ada dalam perut saya sekarang ni bukan anak saya seorang tapi tu anak dia sekali.
Ya Allah, bertuahnya anak ni ayahnya terlalu sayangkan dia. Saya bersyukur sebab saya memiliki suami yang saya boleh katakan tak sama dengan suami yang ada isu sepak, tendang, tampar dan tumbuk perut isteri ketika mengandung. Saya cuma berdoa semoga suami menjadi ayah yang baik kepada anak-anak dia kelak.
Sumber: biskutmanis
Share:

0 comments:

Post a Comment

Adnow

loading...

Blog Archive

Babab Net-