BAGAN SERAI: Taman ‘Laketown Adventure Park’ merupakan satu tarikan terbaharu di Bukit Merah Laketown Resort.
Taman yang berada pada fasa 1 dikendalikan oleh Rainwalker Ecosystems Sdn Bhd dengan kerjasama Bukit Merah Laketown Resort itu mula dibuka secara rasminya pada 30 Julai 2016.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengasas Utama MK Land Holding Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.
Tahun ini, antara kelainan yang dibawakan adalah ‘Laketown Adventure Park and Nature Education Center’ yang mana ia mampu memberikan pengembaraan dan pembelajaran tentang alam sekitar.
Musthapa Kamal berkata, tujuan penubuhan taman berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang mencintai hutan.
” Ini merupakan satu inisiatif untuk kita meuar-uarkan hutan kepada masyarakat umum supaya pada mereka akan datang satu perasaan mencintai hutan.
“Ini adalah permulaan diantara strategi yang dijalankan dengan menekankan pembangunan lestari dalam hutan dan lebih daripada itu iaitu pendidikan, pemulihan, pemuliharaan dan kajian,” tegasnya.
Ujarnya, ia secara tidak langsung dapat menarik kanak-kanak seawal tiga dan empat tahun untuk mengalami persekitaran hutan dengan kemudahan yang disediakan.
“Kita membawa anak-anak ke dalam hutan dan gunakan hutan sebagai kelas pembelajaran selain kita bawa saintis untuk membuat kajian bersama-sama mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Rainwalker Ecosystems Sdn Bhd, Chandra Arumugam, LAP bukan sahaja memberikan keseronokan tetapi juga mendidik masyarakat mengenai hutan hujan.
Jelasnya, salah satu yang menjadikan taman pengembaraan tersebut unik adalah daripada segi senibinanya yang direkabena dengan mengutamakan hutan.
“Struktur-struktur yang dibina tidak menjejaskan alam sekitar ataupun menganggu aktiviti riadah dan pengalaman para pengunjung,” katanya.
Di taman berkenaan, terdapat zip line yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman terbang dalam hutan pada ketinggian 40 meter dari aras laut.
Zip line berkenaan yang juga dikenali sebagai zipmania menggunakan ‘Safe Roller’ yang mana ia merupakan satu-satunya taman yang menggunakan sistem keselamatan berkenaan di Malaysia.
Orang ramai yang menggemari aktiviti lasak boleh datang ke LAP dan merasai sendiri pengembaraan dalam hutan.
Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM42 bagi dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak.
Manakala warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) pula dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Sumber: Peraktoday
0 comments:
Post a Comment