Assalamualaikum, saya pasti ramai yang pernah menghadapi stress ni.. tapi apakah tindakan anda. jika tidak dibendung akan menjadi masalah yang lebih besar. saya kongsikan 5 cara yang dapat membantu anda menghilangkan stress secara berkesan, inshaa Allah.....
Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku.
Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Dengan beban GST yang membelenggu perbelanjaan harian, masalah rumah tangga dan masalah kerja, semuanya memberikan impak kepada kehidupan anda.
Menghabiskan kerja yang tertangguh dan menguruskan keluarga terasa bagai tugasan yang sangat berat. Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif, anda tetap merasa bimbang mengenai perkara yang anda tidak boleh ubah.
Walau bagaimanapun, ini adalah satu kesilapan besar. Apabila anda tertekan, anda tenggelam dalam pemikiran negatif dan anda tidak dapat memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan lambat laun anda akhirnya merasa lemah dan sakit-sakit.
CARA MENGHILANGKAN STRESS
Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 5 cara anda boleh mengurangkan tekanan tersebut? Ada beberapa cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan.
1. MELUKIS MENGGUNAKAN JARI
Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.
Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.
2. URUTAN PADA TELINGA
Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.
3. TELEFON IBU ANDA
Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.
0 comments:
Post a Comment