Allah SWT berfirman dalam kalam-Nya dan berkali-kali mengatakan bahawa di setiap makhluk ciptaan-Nya terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya. Seperti dalam A-Qur’an ayat Adz Dzariyat: 20-21 dan QS. Al-Hajj: 18.
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? " [QS. Al-Hajj (22): 18].
Ayat di atas menyatakan bahawa bahagian otak memang seperti orang yang sedang sujud. Ini menjadi tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa setiap ciptaan-Nya sebenarnya selalu menyembah-Nya sebagai bentuk ketaatan.
Hikmah Sujud yang Mempunyai Hubungan dengan Otak
Pada otak terdapat Prefrontal Cortex yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam perencanaan, organisasi, pengendalian impuls dan belajar dari kesalahan. Ketika manusia bersujud, posisi jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini.
Berdasarkan penelitian Seorang Doktor di Amerika, Dr. Fidelma, Ia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak dalam keadaan normal. Namun berdasarkan penelitiannya, darah baru boleh masuk jika manusia dalam keadaan sujud. Dengan begitu darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex boleh berfungsi optimal dalam mengambil keputusan.
Itulah salah satu sebab mengapa solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Kerana pada saat solat dalam keadaan sujud, darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex menerima aliran darah sehingga orang yang solat boleh membuat keputusan yang lebih bijak, serta bisa berfikir mana yang baik dan buruk.
Hal ini juga lah yang membuat kenapa solat dapat menenangkan hati ketika sedang stres. Saat stres hormon adrenalin akan dirembeskan dan kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan. Dalam keadaan ini, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir. Namun ini akan mereda ketika kita melaksanakan solat. Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal ini.
Sujud memiliki makna bahawa manusia itu meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini. Hal Ini mengingatkan bahawa dirinya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah. Jika manusia sanggup menempatkan dahinya ditempat yang hina, tentu sahaja manusia tidak akan bersikap sombong terhadap Allah yang menciptakan manusia dari tanah.
Dalam keadaan ini hati akan merasakan kebesaran Allah dan ketika itulah manusia dalam hatinya selalu ingin mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang dengan mengucapkan, “Subhana Rabbial-A’la wa-Bihamdih”. Semoga informasi ini menjadi tambahan ilmu baru bagi anda dan terima kasih sudah membaca.
0 comments:
Post a Comment